| Subcribe via RSS

Browse > Home / / Blog Article: Index Jenayah Tinggi - Symptoms yang di jangka

Index Jenayah Tinggi - Symptoms yang di jangka

Monday, January 14, 2008 | Posted in

Menurut taklimat polis kepada Perdana Menteri, jenayah ganas meningkat 13.4 peratus. Kes rogol naik 30 peratus manakala rompakan berkumpulan melonjak 160 peratus. Mencabul kehormatan naik 12.4 peratus, pecah rumah waktu malam bertambah 21.7 peratus, pecah rumah siang hari naik 4.2 peratus, curi motosikal meningkat 3.2 peratus, curi kereta naik 11.4 peratus dan kecurian lain naik 5.1 peratus.

Ramai yang mula menunding jari kepada polis, pihak pemerintah dan pihak berkuasa tempatan kerana gagal membendung kadar jenayah yang makin meninggi. Persoalannya, apakah jenayah tiba-tiba makin menjadi-jadi? Kenapa sekarang ianya makin ketara? Adakah kerana kegagalan pihak berkuasa semata-mata yang menjadi punca peningkatanya?

Jenayah adalah symptoms umat yang terdesak dan didorongi oleh nafsu yang tidak terkawal. Jenayah makin meninggi kerana bilangan kadarnya meningkat dan kegagalan pengawasan untuk mencegah dari ianya berlaku. Persoalan yang perlu di bincangkan bukan tertumpu kepada kepada ranting atau symptoms tetapi kepada punca kenapa umat manusia ini sakit sehingga terdorong untuk melakkan jenayah? Kenapa begitu terdesak?

Perasaan manusia tidak lagi dibendung dengan system moral kehidupan. Perasaan marah diluahkan dengan pembunuhan. Bunuh manusia tanpa rasa penyesalan, rogol demi melampiskan nafsu binatang, ragut dan rompak tanpa rasa belas kasihan, pecah amanah dan rasuah tanpa segan silu. Gila sexual yang melampau di luar batas kemanusian dan haiwan.

Ini adalah punca apabila manusia sudah tidak lagi takut kepada yang MAHA melihat. Penjenayah hanya cuba melindungi diri dari dikenal manusia dan menyorok kejahatan dihadapan manusia. Apabila pihak berkuasa gagal memberkas si penjenayah , maka mereka merasakan mereka berjaya dan hebat dan sudah terlepas. Polis dan pihak pencegah rasuah tidak akan sempat menyiasat kes-kes yang makin menimbun lagi mendesak. Kes akan terus meningkat tanpa kesudahan.

Apakah pokok masalah ini? Kenapa perbahasan tidak menjurus kepada perkara asas ini?
Apabila manusia lari dari system kehidupan Islam. Manusia akan dihujani dengan pelbagai masalah jiwa. Kehidupan hari ini hanya melihat sesuatu dengan ukuran material sahaja. Jiwa dibiarkan berkelana dan kontang. Akhirnya , jiwa akan memberontak .
Penyakit jiwa ini perlu di rawati. Manusia perlu kepada fitrahnya. Manusia tidak dapat di pisahkan dengan jiwanya.

CCTV di setiap simpang dan padang dan juga penambahan bilangan polis adalah tindakan mengubati symtoms. Asas masalah hanya dapat di ubati melalui mekanisma pendidikkan. Jenayah di tanah arab pada era awal Islam juga mencabar dan mendesak. Rasulullah tidak memfokuskan amalnya kepada issue symptoms tetapi di didik masyarakat agar mengenal erti kehidupan yang sebenar. Kenal siapa mereka sebenarnya ? kenapa mereka dilahirkan di muka bumi ini ? Ceritakan perihal kehidupan selepas dunia. Apabila persoalan ini terjawab dengan jelasd hati manusia. Maka mereka mula mengubah hala tuju kehdupan mereka. Mereka sendiri menjadi polis dan BPR keatas diri mereka sendiri. Amalan nahi mungkar bukan lagi satu profession kerjaya seperti polis hari ini tetapi satu adat kehidupan. Mereka adalah generasi manusia yang hebat dari semua sudut kehidupan.

Malangnya, manusia hari ini masih meraba mencari formula untuk mengubati symptoms.

1 Response to "Index Jenayah Tinggi - Symptoms yang di jangka"

  1. Muhammad Teja Says:

    Semoga Allah memperkuatkan empangan iman bagi insan yang lama, baru, dan mahu membinannya. tujahan demi tujahan dan tekanan demi tekanan dari arus dan golakan sungai penuh sahaja dengan kelucahan, kesampahan, kekotoran, kejijikan dan kecarutan menimpa dan membadai. para jongos dan badut yang terdiri daripada iblis, syaitan dan manusia durjana begitu banyak terkapuk di tebing, bertepuk dan bersorak, mencampakkan najis-najis dan sampah sarap yang semakin berlengket di arus dunia sekarang. kita tidak dapat tidak lari dari menjaga diri dan mengempang semua ini. Harapnya, sinaran Al-Quran dan As-Sunnah setia dan sudi menemani sepanjang hidup ke muara abadi. Amiin...