| Subcribe via RSS

Browse > Home / Blog Article: Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Tanahairku Malaysia

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Tanahairku Malaysia

Monday, August 30, 2010


31 August muncul lagi dalam hidup kita, tarikh istimewa ini mengingatkan kita akan perjuangan umat manusia di tanah Melayu membebaskan negara ini dari penjajahan British yang bertapak sekian lama semenjak kapal dagang Francis Light berlabuh di pulau Pinang pada tahun 1786. Sejarah mengingatkan kita akan keistiweaan tanah ini, bukan sahaja menarik minat British tetapi juga Belanda dan Portugal sebelum itu. Bumi ini telah di jajah semenjak pada 24 August 1511. Kerajaan ISLAM Melaka yang merupakan kuasa ISlam di Nusantara di jajah oleh Al Fonso De Alberquque dengan hanya berbekalkan 14 kapal perang dan 1200 tentera.

Kerajaan ISlam Melaka adalah kerajaan yang didokongi oleh umat melayu yang mempunyai keperibadian Islam yang tinggi. Mereka mempunyai AGENDA PERJUANGAN, Kerana agenda dan wawasan ini mereka menjadikan bumi tanah melayu ini dari perkampunagn nelayan/orang laut kepada kerajaan besar. Kerjaan yang di sebut di seanterio dunia.
Mereka berjaya memartabatkan bangsa ini menjadi bangsa yang berideology dan berwawasan Islamiyyah. Kisah mereka di rakamkan dalam buku sejarah dan bahaa mereka di pelajari oleh masyarakat luar. Berbendaharaan kata mereka di kamuskan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi menunjukkan pengaruhnya sejak abad pertama masehi menurut seorang pengkaji Robert Blust. Ketika itu bahasa Melayu dinamai sebagai bahasa pasar. Ia menjadi lingua franca perdagangan dan sosial di dunia sebelah timur. Francois Valentyn yang melawat Melaka dan menulis buku Oud en Nieuw Oostindien II Del V di akhir abad ke 17 menyatakan bahasa Melayu adalah bahasa perdagangan yang penting di rantau sini sehingga menyifatkannya sebagai bahasa Perancis di Eropah. Kehebatan bahasa Melayu menyebabkan Antonio Pigafetta yang berbangsa Itali menyusun kamus Melayu-Itali dalam tahun 1522 (Abdul Aziz Deraman, Bahasa asas pembinaan tamadun bangsa, 2001, DBP & Persatuan Linguistik Malaysia, KL, hlm. 3-4).

Inilah kehebatan generasi umat yang mendiami bumi melayu ini pada awal kurun 13 hingga kurun ke 18. Generasi ini mempunyai agenda perjuangan dalam darah mereka.
Mereka memahami hakikat beriman kepada Allah. Jika Muhammad Rasulullah beriman dengan Islam dengan berusaha memimpin alam ini dengan Islam, begitu juga para sahabat yang bertebaran di muka bumi membawa risalah islam maka begitu jugalah umat Islam di tanah melayu . Mereka tidak mengurang Islam walau sedikit pun. Islam Datang kepada mereka pada ketika mereka menyembah pokok/batu/api tetapi Nur kefahaman akan ketingian Islam dan erti beriman kepada Islam MENUNTUT mereka untuk menjadi umat yang memimpin manusia dengan ISLAM.Tanah ini menjadi tempat pelancaran dakwah Islam di tanah melayu.Sultan Melaka (sultan Mansur Shah) pada 1471 telah berbaiah setia dengan khalifah Islam di turki. Maka , tanah ini menajdi sebahagian dari kuasa besar dunia.

Kehebatan Umat Islam di Melaka ini menarik perhatian musuh Islam. Ini adalah sebahagian dari usaha mereka untuk menjatuhkan khilafah Islamiyah yang berpusat di Turki.Peperangan AlFonso De Albequeque adalah rentetan dari siri peperangan salib.
Malangnya masyarakat hari ini hanya memahami rentak pihak penjajah ini atas dasar minat mereka kepada rempah sahaja.

Tanah ini kemudian di jajah oleh belanda dan akhirnya oleh British.Sejarahnya panjang...malang bagi umat di tanah ini hanya mengkajinya untuk peperiksaan sekolah sahaja dan mendengar ceritanya di sebelah pihak sahaja. Sejarah kehebatan umat yang hebat ini di padamkan di lembaran sejarah dan di sogok dengan cerita yang dari mana sumbernya. Sejarah penulisan berlaku zalim kepada sejarah kerana mngisahkan Kisah Sultan yang gila perempuan lagi bodoh walhal kesahihan kisahnya dipertikaikan.
Penulis -penulis pemuja British menjadi rujukan cendikiawan sejarah - Musnyi Abdulllah adalah contok yang klassik. ( malangnya - ada sekolah yang dipadankan dengan nama beliau) - rujuk tulisan Dr Abdul Rahman Abdullah, USM.

Apabila tanah berjaya dijajah, pihak British mula menjajah hati dan pemikiran umat Melayu. Generasi manusia di didik dengan kedunian yang meninggalkan perjuangan ISLAM.ISLAM mula dipisahkan.Muncul tokoh-tokoh pejuang yang sejarah sekali lagi meremehkan sumbangan mereka. Umat melayu sekadar kenal nama tetapi tidak mengenal keperibadian Tok janggut, Dato Bahaman, Abdul Rahman Limbing, Dato Maharajalela, Mat Kilau dan ramai lagi. mereka adalah golongan yang sedar akan perencaan British untuk menjinakkan SINGA di rimbanya sendiri. Tokoh-tokoh ini di tentang oleh British habis-habisan. Inilah tanah perjuangan...Bumi ini telah melahirkan ramai tokoh pejuang yang menyambung perjuangan Rasullullah SAW.

Akhirnya,generasi Singa yang sepatutnya menjadi raja rimba tunduk dengan kehendak British. British melahirkan generasi umat Melayu yang meneruskan agenda mereka, Lahirlah product "melayu baru",Generasi ini adalah umat Melayu yang baik TETAPI mereka telah berkiblatkan British/barat/dunia. Mereka tidak lagi kenal perjuangan seperti nenek moyang mereka. British memberi Kemerdekaan dengan syarat yang jelas lagi bersuluh.....pastikan umat melayu kekal dengan sifat "Melayu baru".
(bacalah syarat2 dan sejarah kemerdekaan tanah melayu).

Akhirnya ...kita MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !!
Merdeka burung kakak tua yang di pagari sangkar emas.

Saya menyentuh perkara ini dalam ucapan kemerdekaan saya di Melbourne sempena sambutan kemerdekaan di sana dan juga mesej yang sama sampaikan dalam forum kemerdekaan di Adelaide semalam hari.

Umat perlu sedar kita dalam krisis identiti,krisis social dan kita dalam krisis politik.

http://drzakiibrahim.blogspot.com/2008/01/index-jenayah-tinggi-symptoms-yang-di.html

Daripada kesedaran ini kita perlu menyusun langkah demi kecintaan kita kepada tanah air ini dan demi melaksanakan TUNTUTAN Aqidah yang kita anuti. Insa -insan muslim di bumi ini perlu di beri suntikan nafas baru dengan semangat juang SINGA Si raja Rimba. Usaha segera perlu di buat untuk mengembalikan jati diri umat ini dengan identiti sebenar mereka. Kembalikan Islam dan bentuk kehidupan secara keseluruhnya. Umat melayu kembali dengan akhlaq Islam, nilai islam, jati diri Islam. Perkara ini telah di buktikan oleh generasi nenek moyang umat melayu di tanah ini apabila mereka di didik oleh pendakwah pendakwah yg di hantar oleh kejaaan ISLAM untuk mereka faham Islam seperti mana yang di fahami oleh Rasulullah dan para sahabat.Maka, kita perlu kembali kepada membina kefahaman ini dalam diri umat ini.

Bagi saya, perjuangan kemerdekaan belum selesai....kita perlu teruskan perjuangan yang di mulai oleh generasi awal. Mereka berjaya memerdekaan tanah walau dengan harga yang sangat mahal. Generasi hari ini perlu meneruskan agenda perubahan kepada kemerdekaan total. Kita merdeka untuk mewarnakan hala tuju negara ini dengan mengembalikan kepada landasan perjuangan yang sebenar. Kita berwawasan untuk menjadi kuasa besar dunia. Kita berwawasan untuk menjadi umat tonggak di Nusantara.

Inilah harapan kemerdekaan saya, seorang warganegara tanah Melayu. Sebagai tanda kesyukuran ini saya berjuang untuk kemerdekaan total ini. Sebagai tanda cintanya dan sayangnya saya pada sahabat-sahabat sewarganegara sama ada mereka Melayu,cina,india,kadazan,murut, malanau,atau apa sahaja bangsa mereka...saya yakin hanya dengan ISLAM sebagai Rahmatalilalamin kita masyarakat majmuk akan menikmati perpaduan. Masyarakat bukan Islam telah lama hidup dengan kita tetapi mereka tidak melihat kehebatan kepada kita ...kenapa?

InsyaAllah hari esok...umat melayu akan bangkit sebagai umat yang beragenda dan umat tonggak dalam merencana hala tuju negara ini agar ianya menuju keredhaan Allah.
InsyaAllah berlakulah kisah seperti yang rakam dalam surah Nasr.

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


Salam Kemerdekaan

Dr Zaki Ibrahim

1 Response to "Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Tanahairku Malaysia"

  1. Dewi Aja Says:

    Hello Admin!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)