| Subcribe via RSS

Browse > Home / / Blog Article: Terbang singgah ke bumi Australia...selamat datang pelajar-pelajar baru !!!

Terbang singgah ke bumi Australia...selamat datang pelajar-pelajar baru !!!

Sunday, February 14, 2010 | Posted in


Assalamualaikum wbt

Terasa segar dan bersemangat melihat pelajar2 baru tiba ke Adelaide. Ia menggamit kenangan saya pada hari saya pertama kali menjejak kali ke bumi Australia pada 2 hb Septenber 1996.

Apabila di perantauan, langkah kehidupan kita makin mencabar dihiasi dengan pelbagai peristiwa yang mematangkan kita.

Saya menyeru kepada pelajar -pelajar yang baru memulakan episode baru dalam kehidupannya di bumi Australia ini agar :

1. Niatkan langkah ini dengan niat mencari keredhaan Allah
Langkah kita di perantauan di bulatkan untuk mendapat damba Rahmatnya

2. Ambil peluang di perantauan untuk mula dgn semangat "a new beginning".
ramai di kalangan kita telah di cop dgn pelbagai perangai,pelbagai gelaran etc
Di tempat baru ni, anda berpeluang utk membaharui sifat peribadi anda.
sematkan diri anda dgn sifat berani,berketrampilan dan bersifat terbuka.

3. Pastikan anda bersedia untuk menjadi insan yang "multi-skills".
Jika anda mengikuti pengajian biotecnology - bukan anda seorang yang akan jadi
biotechnologist kerana graduan biotechnologist di keluarkan ribuan bilangannya
setiap tahun di serata dunia. WHAT MAKE YOU A SPECIAL BIOTECHNOLOGIST !!
Bukan sekadar academic performance yang tinggi tetapi juga perkara2 "added value/
soft skills etc.

4. Timba pengalaman yang bermanfaat kepada kehidupan
Di perantauan - banyak pengalaman yang akan di timba.
Pengalaman hanya datang kepada insan yang belajar,mengkaji dan mencuba.
Di sini, ramai yang terjerat hanya kerana semangat nak mencuba dan menimba
pengalaman. Anda perlu belajar dan menkaji sebelum mencuba...


5. Budayakan kehidupan yang cemerlang dari langkah pertama lagi....
Cemerlang dari sudut study, akhlaq,ibadat dan juga ketrampilan diri.

Saya sebagai pengerusi ISMA Australia mengucapkan ahlan wa sahlan kepada semua pelajar2 baru yang datang ke bumi Australia. Tahniah dan syabas kepada anda semua.

Selari dengan slogan ISMA - MEMBINA GENERASI HARAPAN, Saya bagi pihak ISMA Australia menghulur tangan tanda ukhuwwah dan kesediaan untuk bergandung bahu untuk kita bersama mencapai potensi terbaik yang Allah anugerahkan kepada kita.

2 Responses to "Terbang singgah ke bumi Australia...selamat datang pelajar-pelajar baru !!!"

  1. lasiaf87 Says:

    selamat datang juga!

    semoga pengalaman di luar negara dimanfaatkan sepenuhnya dengan baik. amin.

    (^_^)

  2. Mursyidi ISMA Melaka Says:

    teringat kembali pengalaman pertama kali menjejak kaki ke bumi NZ. rasa mcm baru lagi tapi dah 7 tahun berlalu