| Subcribe via RSS

Browse > Home / / Blog Article: Saya , Adelaide dan Malaysia....

Saya , Adelaide dan Malaysia....

Tuesday, February 24, 2009 | Posted in


Adakah Doctor plan nak stay di Australia for good? Doctor dah lupa Malaysia dah ke? Tak baik Doctor kita tak berbakti pada Tanahair kta.... Dan banyak lagi nasihat , soalan dan tidak kurang juga perli2 yang saya terima bertanyakan hala tuju saya dan keluarga...

Ingin saya kongsi disini apa yang terbuku di fikiran.....


2hb September 1996 adalah hari paling bermakna dalam hidup saya, Apa tidaknya..first time tinggalkan M'sia ! Fisrt time naik flight ! first time ke negara orang putih! fisrt time berjauhan dengan keluarga!

Terkenang saat keluarga menghantar saya ke Subang Airport , saya bergaya dengan suit ( JPA kasi elaun khas utk tempah )bersama hampir 30 students yang lain --segak bergaya. Posing bersama family ( digital camera tak ada lagi masa tu).

Siapa sangka ...perancangan Allah utk menghantar saya ke Adelaide pada 2hb September 1996 merupakan titik tolak kepada babak paling penting dalam kehidupan saya.
Di bumi Adelaide ...saya datang dengan berbekalkan 2 beg besar dan harapan keluarga dan keazaman diri. 12 tahun berlalu, saya masih di Adelaide..September 2009 nanti adalah ulang tahun ke 13 saya di adelaide. Setelah hampir 13 tahun saya di Adelaide ...I learn alot about life. Kalau di ukur dari kaca mata material - saya boleh berbangga dengan kehidupan saya hari ini. Ramai yang hairan ....kenapa saya NAK balik ke malaysia ? kehidupan saya di adelaide selesa. Bagi saya, kehidupan di adelaide secara generalnya, sangat mudah dan tersusun...saya mempunyai perniagaan sendiri dan Alhamdulillah berjalan dengan baik.

Adelaide bukan destinasi saya...MALAYSIA adalah tempat saya. Kehidupan saya di Adelaide menjadikan keazamana saya untuk pulang ke Malaysia kami kuat.Masyarakat Australia hidup dengan kehidupan yang teratur dan berdisplin, saling hormat menghormati dan mempunyai morality yang tinggi.Saya kagum bagaimana sebuah masyarakat dapat evolve sehingga menjadikan kehidupan mereka mudah dan aman...equal opportunity and equal rights

Kenapa Malaysia masih di takuk lama ?Sampai bila saya sekadar meluahkan perasaan tidak puas hati dengan berdegar2 bersama kawan2 di sini ? Malaysia akan kekal dengan sifat masyarakatnya jika semua orang ambil sikap tidak peduli........

Pada 2 hb september 1996, harapan saya dan keluraga adalah untuk saya menjadi Seorang dokor yang berjaya dan menikmatin kehidupan yang senang lenang. Rupanya matlamat itu terlalu mudah untuk saya capai dan bukan lagi satu cabaran utk saya.
Bukan niat di hati utk membangga diri dan takabbur....Alhamdulillah syukur akan nikmat yang Allah kurniakan.

Saya matang di bumi Adelaide. Saya datang seorang diri tetapi sekarang saya sudah berkeluarga dan Alhamdulillah mempunyai 3 cahaya hati. Kalau dulu, saya sewa rumah tetapi sekarang saya di rumah sendiri dan Alhamdulillah mempunyai rumah sewa.
Saya belajar akan erti kehidupan di bumi Australia. Saya melihat dunia dengan neraca baru...NERACA ISLAM. Nikmat besar yang saya dapat perolehi dalam penerokaan saya mencari erti kehdupan.

Walaupun Australia hebat dari sudut material kehidupan TETAPI kehidupan mereka adalah kehidupan artificial dan KOSONG. Kehidupan yang tiada RUH !!!

Saya Ingin menjadi seorang Muslim yang berperanaan kepada ummah.Seorang muslim yang faham erti dirinya sebagai seorang muslim dan melaksanakan tuntutannya. Seorang anak bangsa melayu yang mempunyai jatidiri dan seorang warganegara Malaysia yang perihatin kepada negaranya. Saya berazam untuk bersama sahabat2 yang mempunyai fikrah yang sama utk menyusun langkah untuk membantu menjadikan Malaysia negara istimewa..bukan hanya dari sudut kemakmuran negara dan kesejahteraan masyarakat tetapi Malaysia yang mempunyai ruh !!

inilah saya...siapa pula kamu???

6 Responses to "Saya , Adelaide dan Malaysia...."

  1. Anonymous Says:

    assalamualaikum wrt, abg zaki.

    u made me smile outside and inside
    while reading this post.

    baliklah sekali sekala.
    huhu

  2. Anonymous Says:

    Malaysia really need people like u.. jom berjuang bersama-sama!

  3. Anonymous Says:

    Assalamualaikum, Dr. Zaki..

    i'm Amir.. 1st year Pharmacy students in UniSA....
    sy kagum dgn Dr. Zaki..
    sblm ni, sy trtanya2 jugak, kenapa Dr. Zaki x balik Maaysia. bbakti kpd tanah air sndiri... skg sy fhm..

    sy pernah jugak terfikir2, teringin nak bkerja di Australia..
    tp bila sy dgr 1 speech Dr. Zaki baru2 ni, sy rasa bsemangat..
    utk balik ke Malaysia, bbakti kpd tanah air sndiri...

    di Adelaide, kehidupan mmg ok.. tp kdg2 sy rasa seakan kurang lengkap kehidupan di sini... Saya mula merindui kedamaian di Malaysia..

  4. Anonymous Says:

    Al-Akh Dr. Zaki & keluarga,
    Beramallah sepuasnya utk Dakwah ketika berada di bumi Australia, sebelum meninggalkannya. Jika tidak, setelah meninggalkan bumi Australia yang disayangi ini, jiwa akan sentiasa terasa tak tertunai tanggungjawab Dakwah, seperti yang saya sendiri rasai. Walaupun banyak kunjungan singkat ke Australia telah saya buat sepanjang 10 tahun kebelakangan ini, rasanya tak sama dibanding hidup tinggal dan berjuang di sana. Selamat menyumbang dan terus menyumbang ... Ya Allah, kuatkanlah iman dan iltizam Dr sekeluarga dalam memenangkan Dakwah ini. Ameen.... dari Ustaz Halim, Seremban, NS.

  5. Dr. Janji Says:

    Ana ada soalanlah. Apa hukum orang mungkir janji? Dekat Malaysia tak boleh dakwah ke? Kalaulah semua doktor macam Dr.Zaki nak berdakwah kat oversea sambil himpun kekayaan. Rasanya Malaysia akan kehilangan tenaga pakar dalam bidang perubatan.Tidakkah Dr.Zaki berfikir apakah tujuan kerajaan menghantar penuntut Malaysia ke luar negara? Semasa Dr. Zaki sign agreement. Dr. Zaki telah berjanji. Ya, memang pihak kerajaan terpaksa membenarkan. Sebab duit itu bukan milik kerajaan. Duit itu milik rakyat Malaysia. Kami hanya menguruskannya. Dr. Zaki sebagai rakyat Malaysia yang banyak bercakap pasal agama patut tahu. Tidak bersalahkah terhadap seluruh rakyat Malaysia? Tidakkah Dr. Zaki pernah menjenguk hospital kerajaan di Malaysia? Pesakit terpaksa menunggu selama berjam2 untuk bertemu doktor. Pesakit telah mati sebelum dapat bertemu doktor. Semua kerana kekurangan doktor. Bahkan doktor di Malaysia seperti robot yang bekerja siang dan malam. Janganlah menjadikan agama untuk beralasan. Jika hendak buat kepakaran, di Malaysia pun boleh. Macam doktor2 lain yang datang ke oversea untuk kepakaran.At least mereka berkhidmat untuk mengotakan janji mereka dahulu. Macamlah kalau Dr. Zaki tak ada orang australia semua jadi jahat. Adakah beragama dengan memungkiri janji?

    nota kaki 1 : Si A berjanji dengan Si B untuk berjumpa pada jam 8 pagi esok. Tetapi pada jam 8 pagi keesokkan harinya, Si A call Si B untuk delay perjumpaan mereka pada jam 2 petang. Nak tak nak Si B terpaksa terima sebab jika kata tak boleh pun. Si A tetap akan lambat. Kesimpulan, lambat atau cepat, tidak hadir pada jam 8 pagi adalah mungkir janji. Itu hakikat.

    nota kaki 2 : Si A berjanji dengan Si B untuk berjumpa pada jam 8 pagi esok untuk membayar ansuran hutang. Si A berjanji pada Si B, jika dia tidak sampai pada jam 8, dia kena selesaikan keseluruhan hutangnya. Tetapi pada jam 8 pagi keesokkan harinya, Si A call Si B untuk delay perjumpaan mereka pada jam 2 petang. Nak tak nak Si B terpaksa terima sebab jika kata tak boleh pun. Si A tetap akan lambat. Si A mesti melangsaikan keseluruhan hutangnya dengan Si B mengikut perjanjian. Kegagalan melangsaikan keseluruhan hutang adalah memungkiri janji.

    Hadith :
    Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
    “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

    Riwayat Ahmad

  6. Anonymous Says:

    Bermoral tinggila kononnya org australia..last2 tuduh tuan sheikh zaki mencabul kehormatan mereka..bukan seorang malah dua orang....saya tidak tahu siapa salah..tapi kalau tuan sheikh berzalah...astaghfirullah..bertaubatlah oi....entah2 ini balasan allah terhadap tuan sheikh mungkir janji kepada rakyat malaysua yg islam bahkan ygnkafir yg menanti nikmat seorang doktor yg memerlukan perbelanjaan besar untuk belajar di luar negara...tapi akhirnya kecundang kepada nafsu?

    Pikir2 kanlah.

    PS: Banyak bdk ISMA di adelaide di bawah didikan Tuan sheikh Zaki kecindang dalam pelajaran, saya ble je sebut nama depa yg gagal ni dan membazir duit rakyat tapi biarlah.Mungkin ujian atau saya lebih suka cakap hukuman ini adalah sikap acuh tidak acuh tian sheikh Zaki yang abandon anak2 buah yg gagal dalam pelajaran angkara program2 tidak berfaeda ISMA yg membuatkan pelajwr muslim malaysia pontent kelas.