| Subcribe via RSS

Browse > Home /

Kepada Sahabat yang "Masih bertanya tentang ISMA "....

Monday, May 17, 2010 | 2 Comments

Saya di tanya oleh sahabat lama yang tak pernah dengar pun tentang ISMA ni, tak pernah tahu apa yang di bawanya, apa tujuan penubuhannya, siapa ketua nya, ISMA ni ikut Pas ke umno, PKR ke atau macam kumpulan arqam, JIM, ABIM ?

Emmm...termenung panjang juga saya untuk mengungkap nya. Akhirnya, saya merasakan biarlah murabbi saya yang menceritakannya.

Browse > Home /

IBU....

Sunday, May 9, 2010 | No Comments | Posted in





Ibu ,
Kau adalah ...
Guru,tukang masak, cleaner, pakar counselling,penghibur, pelawak, penyanyi,driver,pengawal peribadi,guard di malam hari,tukang gunting rambut,doctor peribadi,penglipur lara,pendengar setia,pakar strategi, banker peribadi,cikgu sukan,ustazah, cikgu disiplin, pakar motivasi,manager rumah dan pelbagai lagi peranan yang kau mainkan dalam hidupku.

KAULAH…..SEGALANYA UNTUK KU


Ibu,
Nilaian manusia terhadap peranan ibu sangat menyedihkan. Ramai yang malu apabila menyatakan dirinya hanya ibu di rumah BUKAN doctor,Dentist,Engineer,Pegawai kerajaan etc...
Bukankan peranan ibu adalah semulia-mulia pekerjaan. Ibu adalah lambang kasih sayang dengan naluri pendidik yang tidak pernah lentur.Ibu menjadikan kita "hero" dalam kehidupan kita. Ibu membuatkan kita merasakan kehidupan ini semua adalah untuk kita! Ibu menjadikan kita istimewa dalam semua sudut.

Peranan ibu tidak boleh diremehkan, Seorang wanita adalah adalah ibu dahulu baru dianya doctor,engineer,dentist,pegawai kerajaan etc...WANITA ADALAH IBU dan BANGGA MENJADI IBU.

Hari ini ibu disibukkan dengan urusan "technical" dan serba rutin yang membosankan lagi remeh. Ibu disibukkan dengan mencuci,ironning,memasak,driver,cleaner rumah,tukang beli barang rumah dan macam-macam lagi tugas technical yang di bebankan kepada ibu.Ibu yang sepatutnya memfokuskan kehidupan kepada mendidik anak anak dan membentuk akhlaq yang tinggi terpaksa menyerahkan tugas yang mulia ini kepada maid atau kepada pihak sekolah semata2.

Kepada generasi pejuang yang berusaha untuk menjadikan kehidupan ini keseluruhannya utk Allah. Ibu dan bapa adalah murabbi pertama.Ibu mendidiknya erti perjuangan. Ibu mengenalkan kita akan Rabbila'lamin.

Ibu si pejuang tidak menyibukkan kehidupan anaknya HANYA dengan persedian kedunian TETAPI ibu si pejuang mendidiknya untuk mentadbir bumi ini untuk tunduk kepada Allah.Ibu mengajarnya agar dunia bukan di hati.





Kisah Abdullah bin zubair dengan bondanya Asma' binti Abu Bakar penuh makna akan keluarga pejuang.

Sedikit kisah kehidupannya mereka yang sarat dengan teladan

Di dalam didikannya, keperibadian Abdullah bin Zubair dibentuk dengan penuh kasih sayang. Beliau adalah susuk seorang ibu yang sangat memahami peranannya dalam melahirkan generasi utama yang berkualiti, generasi yang menjadikan kecintaan kepada Allah dan RasulNya di atas segala-galanya, sama ada harta, isteri, keluarga mahupun segala jenis perbendaharaan dunia. Beliau mencetak keperibadian generasi yang siap berjuang membela bendera Islam dan kalimah La ilaha illallah Muhammad Rasulullah. Keperibadian seperti ini terpancar jelas di dalam diri puteranya, Abdullah bin Zubair. Hal ini dapat kita teladani melalui kisah pertemuan terakhir di antara seorang ibu dan anak yang saling menyayangi dan mencintai satu sama lain, semata-mata kerana kecintaan keduanya kepada Allah Subhanahu wa Taala dan RasulNya.

Abdullah: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, wahai ibunda!

Asma': Wa'alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh, ya Abdullah! Mengapa engkau
datang ke sini di saat-saat seperti ini? Padahal batu-batu besar yang
dilontarkan Hajjaj kepada tenteramu menggetarkan seluruh Kota Mekah?

Abdullah: Aku hendak bermusyawarah dengan ibu.

Asma': Tentang masalah apa?

Abdullah: Tenteraku banyak meninggalkanku. Mereka membelot dariku ke pihak musuh.
Mungkin kerana mereka takut terhadap Hajjaj atau mungkin juga kerana mereka
menginginkan sesuatu yang dijanjikannya sehingga anak-anak dan isteriku
sendiri berpaling daripadaku. Sedikit sekali jumlah tentera yang tinggal
bersamaku. Sementara utusan Bani Umayyah menawarkan kepadaku apa saja yang
ku minta berupa kemewahan dunia asal saja aku bersedia meletakkan senjata
dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik bin Marwan sebagai khalifah.
Bagaimana pendapatmu wahai ibu?

Asma': Terserah kepadamu Abdullah! Bukankah engkau sendiri yang mengetahui tentang
dirimu? Jika engkau yakin bahawa engkau mempertahankan yang haq dan mengajak
kepada kebenaran, maka teguhkanlah pendirianmu sepertimana para perajuritmu
yang telah gugur dalam mengibarkan bendera agama ini! Akan tetapi, jika engkau
menginginkan kemewahan dunia, sudah tentu engkau adalah seorang anak lelakiku
yang pengecut! dan bererti engkau sedang mencelakakan dirimu sendiri dan
menjual murah harga kepahlawananmu selama ini, anakku!

Abdullah: Akan tetapi, aku akan terbunuh hari ini ibu.

Asma' : Itu lebih baik bagimu daripada kepalamu akan dipijak-pijak juga oleh budak
budak Bani Umayyah dengan mempermainkan janji-janji mereka yang sangat sukar
untuk dipercayai!

Abdullah: Aku tidak takut mati, Ibu. Tetapi aku khuatir mereka akan mencincang dan
merobek-robek jenazahku dengan kejam!

Asma': Tidak ada yang perlu ditakuti perbuatan orang hidup terhadap kita sesudah kita
mati. Kambing yang sudah disembelih tidak akan merasa sakit lagi ketika
kulitnya disiat orang!

Abdullah: Semoga Ibu diberkati Allah. Maksud kedatanganku hanya untuk mendengar apa
yang telah ku dengar dari ibu sebentar tadi. Allah Maha Mengetahui, aku
bukanlah orang yang lemah dan terlalu hina. Dia Maha Mengetahui bahawa aku
tidak akan terpengaruh oleh dunia dan segala kemewahannya. Murka Allah bagi
sesiapa yang meremehkan segala yang diharamkanNya. Inilah aku, anak Ibu!
Aku selalu patuh menjalani segala nasihat Ibu. Apabila tewas, janganlah ibu
menangisiku. Segala urusan dari kehidupan Ibu, serahkanlah kepada Allah!

Asma': Yang ibu khuatirkan andainya engkau tewas di jalan yang sesat.

Abdullah: Percayalah Ibu! Anakmu ini tidak pernah memiliki fikiran sesat untuk
berbuat keji. Anakmu ini tidak akan menyelamatkan dirinya sendiri dan tidak
memperdulikan orang-orang Muslim yang berbuat kebaikan. Anakmu ini
mengutamakan keredhaan ibunya. Aku mengatakan semua ini di hadapan ibu dari
hatiku yang putih bersih. Semoga Allah menanamkan kesabaran di dalam
sanubari Ibu.

Asma': Alhamdulillah! segala puji bagi Allah yang telah meneguhkan hatimu dengan apa
yang disukaiNya dan yang Ibu sukai pula. Rapatlah kepada Ibu wahai anakku, Ibu
ingin mencium baumu dan menyentuhmu. Agaknya inilah saat terakhir untuk ibu
memelukmu..."

Abdullah:Jangan bosan mendoakan aku Ibu!

Sebelum matahari terbenam di petang itu, Abdullah bin Zubair syahid menemui Rabbnya. Dia kembali kerana mengutamakan redha Allah dan redha ibunya yang beriman. Diriwayatkan, bahawa Al-Hajjaj berkata kepada Asma' setelah Abdullah terbunuh :"Bagaimanakah engkau lihat perbuatanku terhadap puteramu ?" Asma' menjawab :"Engkau telah merosak dunianya, namun dia telah merosak akhiratmu." Asma' wafat di Mekkah dalam usia 100 tahun, sedang giginya tetap utuh, tidak ada yang tanggal dan akalnya masih sempurna.

[Mashaadirut Tarjamah : Thabaqaat Ibnu Saad, Taarikh Thabari, Al-Ishaabah dan Siirah Ibnu Hisyam].


p/s : Hari ibu adalah setiap hari. bukan hanya pada 9th May.
BUdaya merai hari ibu pada 9th May mempunyai urutan yg berasal usul
dari keperjayaan jahiliyyah.

hadiah untuk ibu adalah syurga....insyaAllah

Browse > Home /

KEMBARA ILMU 7

Monday, May 3, 2010 | No Comments | Posted in