| Subcribe via RSS

Browse > Home /

KEPALA BABI DI MASJID

Thursday, January 28, 2010 | No Comments | Posted in



Assalamualaikum wbt

Berita kemunculan kepala babi di perkarangan masjid menjadi bualan hangat dimalaysia hari ni. Sebelum ini berita gereja dibakar kemudian surau pula di bakar dan hari ini kepala babi pula di lempar di perkarangan masjid !

Serangan terbaru berlaku di dalam kawasan Masjid At-Tirmizi, Sri Sentosa merupakan satu lagi cubaan terbaru golongan tertentu dalam mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama di Negara kita.

Persoalannya:
1. Setelah lebih 50 tahun merdeka ...nampaknya isu perkauman masih menebal, kenapa?
2. Adakah ini sebahagian dari usaha terancang pihak tertentu untuk cetuskan
ketegangan?

Dr Zaki Ibrahim

Browse > Home /

kepada dua insan yang sangat saya kagumi - Muslim&Izzati

Saturday, January 23, 2010 | No Comments


Selamat pengantin baru
Moga Allah kuatkan semangat jihadmu

Hari semalam banyak mengajar kita
walaupun pahit tetapi hikmahnya luas
ibarat hadiah yang tidak diundang
tetapi ia datang penuh keistimewaan

Tak kala pengantin lain mabuk asmara
pengantin ini bukan sebarangan
diuji Allah melonjakkan iman
hadiah perkahwinan yang tidak ternilai
tangga keimanan yang tinggi
melangkah berpegangan tangan
inilah bulan madu ...


Dr Zaki Ibrahim & Dr Alin

Browse > Home /

KALIMAH ALLAH ....antara kau, aku dan dia

Thursday, January 21, 2010 | 1 Comment | Posted in



Assalamualaikum wbt

Kalimah Suci ALLAH menjadi topic hangat semenjak beberapa minggu yang lalu. Banyak yang bermain di fikiran saya apabila mengamati isu ini:

1. Kenapa sekarang baru isu ini di"main"kan
Kalimah Allah telah lama di gunakan di kalangan penganut Kristian di Sabah dan
Sarawak. Persoalannya , kenapa Kalimah Allah ini dijuangkan oleh pihak weekly
herald ( kritian) dengan kesungguhan yang luar biasa hingga mengheret isu ini ke
Mahkamah !

2. Ketika umat ISlam berbalah kerana faktor politik akhirnya pihak tertentu menguji
adakah mereka akan bersatu atas platform ISLAM. Apa kesudahannya ...menyerlahkan
lagi politik sempit dan budaya puak dalam masyarakat Islam di M'sia!!

3. Adakah semua perkara perlu di selesaikan atas dasar politik ? Adakah isu
kepentingan dan kemuliaan ISlam juga perlu di selesaikan ikut selera politik
...kita korbankan or compromise for a bigger stake - election of course !!

4. Adakah kita akan terus berpecah walau dalam hal ISLAM?
Adakah kita akan dilihat lemah jika kita merujuk kepada tokoh ulama' dalam
menanggani isu ini ?
Adakah kita akan kekal dengan kebebalan ini?

5. Musuh mengacah satu isu : Kita terus melompat, semua nak tunjuk hero !! inilah
kita hari ini.
Bukankah kita di ajar untuk merujuk kepada alim ulama jika kita keliru akan
sesuatu perkara. Dimana budaya merujuk ???

6. Adakah masing2 boleh interpret hal2 Islam berdasarkan akal masing2. Kita
semua ada pandangan dan hujah . INilah yang dikehendaki oleh musuh !!
Umat islam tidak sepakat dan berpecah.

7. Tak puas hati dengan keputusan kerajaan dalam hal2 Islam...Seret ke MAHKAMAH!!
BIAR MAHKAMAH YANG MENENTUKAN!! SEMUA HORMAT KEPUTUSAN MAHKAMAH !!
Inilah nasib masyarakat yang lemah. Musuh makin berani dan berani....

8. Saya merasakan isu ini adalah sebahagian dari usaha untuk "malaysian malaysia" dan
liberalismakan masyarakat malaysia.

9. Jati diri uamt Islam dan melayu makin dihakis.

10. Saya bertanya. SAMPAI BILA...................????


Dr Zaki Ibrahim

Browse > Home /

Perutusan tahun baru

Monday, January 4, 2010 | 1 Comment

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji kita panjatkan kepada Allah, Rabbil ‘Alamin, Allah yang menjadi pemilik kehidupan ini. Sesungguhnya kepada-Nya kita semua akan kembali. Apakah ada lagi di sana nikmat yang besar daripada nikmat mengenal Pencipta, beriman dengan apa yang diperintahkan dan mendokong misi dan visi kehidupan seperti yang diamanahkan oleh Yang Mencipta.

Masa berlalu begitu pantas, setahun dirasakan seperti sebulan, dan sebulan seperti seminggu dan seminggu dirasakan pantas berlalu ibarat sehari. Inilah masa di akhir zaman. Tahun 2009 baru melabuhkan tirai dan hari ini kita sudah di dekad baru di tahun 2010.

Cabaran untuk membawa fikrah Islam agar masyarakat bernaung kembali kepada Islam semakin mencabar dengan arus liberalisme dan sekularisme yang makin menular dan mencengkam hati dan fikrah umat Islam. Tahun 2009 kita menyaksikan usaha pihak tertentu untuk menguji sensitiviti umat dengan isu demi isu berkenaan dengan status Islam dalam negara kita, Malaysia. Kes Lina Joy, kes Moorthy dan yang terbaru isu penggunaan nama Allah. Hari demi hari kita menyaksikan penghakisan status Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Sangat menyedihkan apabila umat Islam yang merupakan golongan majoriti kepada negara ini masih sibuk dengan hedonisme dan keseronokan yang mematikan jiwa.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (ar- Ra’d:11)

ISMA Australia dengan kesungguhan yang tinggi bersempena tahun baru 2010 ini berdoa agar diberi Allah kekuatan untuk terus mendokong risalah perjuangan untuk memartabatkan kembali umat ini dengan Islam.

Alhamdulillah, tahun 2009 menyaksikan banyak peristiwa bersejarah buat kami di ISMA Australia. Beberapa siri pertemuan dengan pihak Jabatan Penuntut Malaysia di Sydney dan Konsulat Malaysia di Canberra menjadikan ISMA Australia makin bersemangat dengan kerjasama dan nasihat yang diberikan. Walaupun baru berusia setahun di bumi Australia ini, ISMA Australia telah berjaya menjalinkan hubungan mesra dengan pelbagai pertubuhan pelajar dan masyarakat setempat. Kami juga bersyukur dengan sambuatan hangat dari masyarakat Malaysia di Australia terhadap program-program yang dianjurkan oleh ISMA Australia. Moga kehadiran tahun 1431H dan 2010 ini akan mengeratkan lagi hubungan di kalangan kita dan menjadi umat Islam yang cemerlang dunia dan akhirat.

Selamat menyambut tahun baru.

Dr Mohamad Zaki Ibrahim
Pengerusi
ISMA Australia