| Subcribe via RSS

Browse > Home / / Blog Article: Politik .....

Politik .....

Wednesday, March 25, 2009 | Posted in


Generasi hari ini di sajikan dengan pelbagai kerenah dan adegan politik yang membingungkan. Sukar untuk di rungkai satu persatu keserabutan yang ada.

Budaya Politik hari ini menjadikan politik adalah segalanya…dengan politik boleh kaya, dengan politik boleh mendapat kedudukkan, dengan politik dapat tender dan biasiswa, dengan politik kerja susah jadi mudah , dengan politik yang bersalah boleh terlepas dan yang tidak bersalah boleh di cekup dan pelbagai lagi perkara boleh berlaku…segalanya Kerana politik . Budaya ini menyebabkan politik dianggap sebagai kotor. Sedih apabila urusan paling penting dalam mengurus kehidupan kita dianggap urusan kotor…

Politik negara telah di landa badai semenjak episode 1998 dengan arus reformasi. Semenjak dari itu, ianya terus menjalar seolah satu fenomena baru di kalanagan masyarakat. Masyarakt mula sedar akan kepentingan kuasa politik. Sebelum ini , masyarakat ibarat lepas tangan dan selesa dengan apa yang ada. Hari ini , semua ingin melontar pandangan tentang politik. Malangnya, masyarakat kita masih lihat politik ini dengan penafsiran simple…ada puak baik ada puak jahat. Inilah politik kita...Oleh kerana terlalu simple dalam berpolitik maka berlaku kerengganagn masyarakat dan permusuhan didalam masyarakat.

Apakah politik sebenarnya?
Masyarakat kita hanya menyempitkan politik kepada politik kepartian dan beranggapan segalanya akan beres jika parti tertentu menang. Adakah begitu mudah untuk mneyelesaikan masalah umat manusia?

Bagaimana pula tafsiran Islam. Islam sebagai deen yang syumul melihat politik dengan runang lingkup yang luas. Politik bermula dengan dakwah mengajak manusia kepada Islam, siyasah dalam mendidik dan mengubah budaya kehidupan mereka, siyasah dalam membina asas-asas organisasi dan institusi, perlaksanaan Syariat Islam dalam seluruh aspek kehidupan dan siyasah hubungan Islam dengan bukan Islam. Kesemua ini di rangkumi dalam usaha untuk mengabdikan diri kepada Allah

Matlamat kemanusian adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Maka, matlamat politik juga adalah untuk mengurus kehidupan manusia agar sentiasa abdi kepada Allah. Tetapi sayang, apabila budaya politik hari ini menjadi hilang punca dan kusut.

Fenomena politik hari ini berhadapan dengan krisis keyakiann. Isu pergolakakn politik di Perak, Isu lompat parti, gambar peribadi di aibkan di kalayak ramai, ahli politik di palitkan tohmahan dan fitnah, Politik wang yang tidak berkesudahan dan pelbagai lagi suasan politik yang too much politicking

Adakah golongan muda yang menjadi generasi harapan kepada umat hanya sekadar dengar dan berdiam diri. Sudah tentu tidak!
Scenario hari ini adalah percaturan masa depan kita. Politik bukan sekadar berkisar harga minyak,harga beras atau harga gula..tetapi adalah mekanisme hala tuju negara. Generasi muda mesti menggarap fenomena ini dan mempersiapkan diri untuk memikul cabaran hari hadapan. Fenomen hari menyaksikan bagaimana budaya Islam dan ketuanan Melayu di robek dan di cabar. Fenomena hari ini berlaku kerana lemahnya jati diri umat Islam. Hari ini, kehidupan di sajikan dengan budaya kehidupan yang melalaikan dan membuntukan perjuangan.

Adakah esok akan akan lebih teruk dari hari ini ?Generasi muda hari ini perlu bersedia untuk menjadi pemimpin umat yang sejati lagi unggul agar martabat bangsa dan umat Islam menjadi tonggak yang memimpin kepada keredhaan Allah. Inilah cabaran kita. Golongan muda tidak boleh lagi hidup dalam denial yang berpanjangan dan merasakan tidak ada apa-apa yang berlaku, Cuma kisah orang politik….

Perancanagn hari ini adalah realty hari esok, mahasiswa mesti keluar dari budaya kehidupan yang melemahkan jiwa , keluar dari budaya ala kadar, budaya cukup makan, budaya pengikut dan budaya penakut. Mahasiswa perlu menjadi generasi pewaris umat yang berani dan menjadi generasi harapan kepada umat perlu mantapkan diri dengan keperibadian Islam yang unggul ,Ilmu yang mendalam dan kefahahaman yang tinggi.

1 Response to "Politik ....."

  1. Pejuang Says:

    salam akhi..
    sgt terkesan dgn tulisan ni..politik hari ni mmg spt ape yg digambarkan.sgt corrupted wlau pun ade golongan yg btul2 berjuang demi agama.

    Bg sy yg lemah ini, sy beranggapan politik ini adalah hanya salah satu wasilah utk berjuang utk agama. Ia bukanlah the ultimate tool utk mencapai target utk tegakkan Islam.

    Mungkin ada yg x setuju dgn sy tp bg sy, wasilah utk tegakkan Islam bukan semata-mata melalui politik.

    Sy selalu terfikir sekiranya Nabi Allah Muhammad masih lg hidup, parti manekah yg akan Baginda pilih..Wallahu A'lam