| Subcribe via RSS

Browse > Home /

salam Maal Hirrah 1431

Monday, December 21, 2009 | No Comments

ASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Pada hari ini maka genaplah 1431 tahun sejak Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Madinah. Setiap tahun apabila tiba bulan Muharram kita akan mengenang peristiwa besar yang berlaku dalam rentetan sejarah Islam. Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin dari Mekah ke Madinah al-Munawwarah yang telah menjadi batu tanda yang penting dalam episod perjuangan dakwah Baginda dan umat Islam

Pentingnya penghijrahan ini sehingga Saidina Umar Al Khattab telah menjadikan peristiwa hijrah ini sebagai tarikh permulaan bagi perkiraan tahun Islam. Banyak lagi peristiwa-peristiwa besar yangberlaku seperti nuzul al quran, Isra’ mikraj dan hari kelahiran Rasulullah sendiri tetapi tarikh hijrah ada keistimewaannya yang tersendiri.

Peristiwa hijrah ini bukanlah berlaku secara kebetulan sebaliknya merupakan ketentuan Allah Yang Maha Bijaksana yang mentakdirkan kemunculan satu agama agung di akhir zaman. Peristiwa ini di rakamkan dalam Alquran :

“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia.”

(Al-Anfaal:74)

Hijrah Rasulullah ke Madinah adalah anjakkan dakwah dan episode untuk mewartakan dakwah ini keseluruh alam. Saf-saf mukmin dikukuhkan dengan persaudaraan yang agong di antara aus/khadraj yang di gelar ansar dengan muhajirin. Apabila kesatuan
telah disimpulkan dengan ikatan akidah maka natijahnya luar biasa.

Moga tahun 1431 ini akan melahirkan semangat ukhuwwah dikalangan umat Islam dalam usaha pengislahan umat. Saf umat Islam telah tercarik sejak sekian lama , malah usaha penyatuan ini sentiasa dianggap sebagai usaha sia-sia kerana umat Islam telah sebati dengan budaya ‘group’ masing-masing dan cenderung kepada budaya mencari kesalahan dan menuding jari.

ISMA Australia menyahut cabaran ini dan menyatakan kesedian untuk menjalin hubungan dengan semua lapisan umat Islam. Peristiwa semalam sudah mengajar kita akan kelicikkan musuh menyusun langkah agar umat Islam sentiasa berbalah dan bermusuh dan mereka sibuk dalam usaha kesatuan mereka. Mereka telah menyatukan kebudayaan, gaya hidup hingga kepada kesatuan di sudut ekonomi dan ketenteraan. Kesatuan NATO, European Union dan mata wang euro adalah lambing kejayaan mereka.

Langkah pertama yang practical yang di ambil oleh ISMA Australia adalah mendukung saranan Al Quran “ sesungguhnya orang beriman itu bersaudara”.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni`mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni`mat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.

Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat,

Ali Imarn 102 -105

Moga Allah kuatkan semangat juang kita untuk terus melangkah dalam usaha mencari keredhaanNYA.

Dr Zaki Ibrahim
1 Muharram 1431

Browse > Home /

STRESS DAN TENSION ALA ISLAM

Sunday, November 1, 2009 | No Comments




Muslim peperiksaan menjelang lagi ! Peperiksaan ini bukan yang pertama dan bukan juga yang terakhir untuk kita...pengalaman dan perkenalan kita dengan peperiksaan ini bukannya baru, tetapi setiap kali menghadapi peperiksaan dirasakan seperti satu pengalaman yang baru, peraaan yang baru dan pengharapan yang baru. Inilah hebatnya kesan peperiksaan keatas diri pelajar. Ibarat cinta yang tidak pernah lentur dek masa.

Pastinya peperiksaan akan mengundang pelajar untuk memantapkan kekuatan fizikal, ketajaman mental dan ketenangan ruhani dalam menghadapai peperiksaan. Semua pelajar akan berlumba-lumba untuk menyediakan diri sebelum datangnya seruan jihad peperiksaan. Semasa kesibukkan ini lah bermulanya kocakkan perasaan kerana stress dan tension.Stress dan tension dalam diri seorang pelajar bukanlah lesen untuk melakukan perkara yang mungkar.



Fenomena melepaskan tekanan perasaan sering di kaitkan dengan movies, merokok,melepak higga larut malam dan banyak lagi perkara munkar yang diamalkan oleh generasi pelajar untuk menghilangkan sempit di dada. JIka ini juga di amalkan oleh generasi muslim!Dimana bezanya kita dan mereka? Dimana identity umat yang hebat? di mana akhlaq seorang muslim?

“Iaitu orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram

(Ar Ra'd: 28)
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Yunus:62)

“Yang demikian itu karena sesungguhnya Allah adalah Pelindung orang-orang yang beriman dan karena sesungguhnya orang-orang kafir itu tiada mempunyai pelindung.”

(Muhammad:11)

Sebagai individu yang beriman kepada Allah, Kita yakin akan pertolongan Allah. Kita harungi susuri denai peperiksaan ini dengan hati yang kental sebagi seoarang mukmin yang yakin akan kekuasaan Allah. Kita adalah generasi harapan. Kita juga berperasaan seperti pelajar lain dalam menghadapi peperiksaan TETAPI kami banyakkan istighfar , kami panjangkan sujud dalam tahajud kami dan kami mengadu kepada Allah dalam taqarrub kami. Di siang hari, kami terus dengan persedian kami dalam menghadapai peperiksaan dengan ulangkaji bacaan kami. Inilah kami...generasi muslim yang cintakan ISLAM.

Di kesempataan ini, Saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Moga kejayaan bersama dengan kita.

Dr Zaki Ibrahim
Adelaide

Browse > Home /

MERDEKA DIA DAN MERDEKA KITA

Monday, August 31, 2009 | No Comments

PERJUANGAN TOK JANGGUT UNTUK MENUNTUT KEMERDEKAAN - HINGGA TITISAN DARAH SYAHID





ADAKAH ERTI PERJUANAGN KEMERDEKAAN TOK JANGGUT UNTUK KITA BERPESTA....
JADI, APA ERTI KEMERDEKAAN SEBENARNYA???

Browse > Home /

TEXT UCAPAN DR ZAKI IBRAHIM DI MAJLIS PERASMIAN ISMA AUSTRALIA PADA 23 REJAB 1430 DI MELBOURNE ,VICTORIA

Sunday, July 26, 2009 | 1 Comment

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillahirabbila’lamin, syukur ke hadrat Allah yang menguasai segala pentadbiran langit dan bumi. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Pada tahun 2009 ini, dengan izin Allah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah melebarkan sayapnya ke bumi kangaroo dengan tertubuhnya ISMA cawangan Australia.
Sebagai salah satu cawangan, ISMA Australia tekad untuk menggalas misi dan visi ISMA untuk melahirkan generasi harapan bangsa dan negara. ISMA ingin menyuarakan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap program-program pembinaan insan yang berpaksikan Islam demi melahirkan generasi yang bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu malah terjelma dengan budaya kehidupan yang sihat. Misi dan Visi ISMA Australia digariskan agar generasi hari ini menjadi aset penting ummah dan nadi penggerak kepada pembinaan negara yang bertunjangkan kepada Islam dan keadilan sejagat.
Dalam konteks kehidupan hari ini yang didominasi dengan transformasi cara hidup, kaedah pemikiran dan cabaran-cabaran global, generasi muslim hari ini perlu memiliki ciri-ciri keunggulan dari segi keperibadian, kemahiran, penguasaan ilmu dan teknologi. Perubahan dan evolusi kehidupan yang semakin mencabar hari ini memerlukan generasi yang bersedia untuk memikul harapan bangsa dan negara dalam membawa cabaran negara di hari mendatang.
Kedaulatan negara dan bangsa di negara ini terletak dalam tangan orang Islam kerana orang Islam adalah kumpulan majoriti yang menjadi teras kekuatan bangsa dan pemerintahan di negara ini.
Umat Islam hari ini dilanda dengan krisis identity yang semakin kronik. Generasi unggul yang di bawa oleh Rasulullah SAW dengan berpaksikan Islam telah hingga kilauan kehebatannya. Hari ini, kita di sajikan dengan berita umat Islam yang dilanda pelbagai musibah. Keruntuhan akhlak, kemusnahan institusi kekeluargaan dan pelbagai masalah sosial yang berpanjangan. Pilunya, umat Islam yang menjadi penyumbang terbesar kepada masalah ini. Menurut statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2008, jumlah penagih dalam negara kita adalah seramai 12,352 orang yang merangkumi penagih lama dan baru. Secara umumnya 75% penagih dadah adalah umat Melayu.
Umat Islam yang majoritinya adalah bangsa melayu di negara kita dilihat dengan kacamata yang rendah oleh bangsa lain akibat sejumlah sikap negatif yang dikaitkan dengan umat ini. Serangkai etika kerja yang negatif dikaitkan dengan petugas Melayu termasuk sikap malas , tidak berdisiplin , cuai dalam bertugas , suka membuang masa dengan sembang kosong , lembab bertindak , tidak berinisiatif untuk membuat sesuatu dengan sempurna , suka dengan kerja yang mudah dan tidak mencabar , tidak suka meningkatkan kemahiran kerja , suka mengambil jalan mudah , malas membaca adalah deretan ciri-ciri yang dikaitkan dengan kualiti bangsa dikacamata bangsa lain. Akibatnya pandangan hormat ke atas bangsa Melayu makin menghakis. Bilangan umat melayu yang mempunyai jatidiri yang tinggi ditenggelami dengan tanggapan negative yang dilemparkan kepada umat Melayu.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
(Ar-Rum:41)
Umat Islam dijangkiti dengan sejumlah penyakit yang perlu segera dirawat. Sikap tidak peduli , tidak mahu terlibat , dan enggan mengambil berat untuk mengatasi masalah menyebabkan beban yang melingkari bangsa ini berpanjangan. Manakala sikap bergantung dan bersandar kepada jaminan pihak berkuasa , terpengaruh dengan keselesaan , menyerah kepada keputusan yang diambil orang lain dan memerhati hanya dari jauh mengakibatkan bangsa ini mudah diperkuda orang lain.. Sementara tidak serius dalam menyelesaikan kerja , kurang fokus kepada matlamat untuk memaju diri , mudah mengalah dan tidak melihat perubahan diri sebagai keperluan yang penting untuk mengangkat martabat hidup menatijahkan bahawa bangsa Melayu dianggap tidak bermaya mengendali urusan sendiri .
Umar Al Khattab pernah mengingatkan umat Islam pada zamannya dengan menyatakan secara jelas sumber kekuatan umat Islam adalah dengan ISLAM. Ingatan Saidina Umar ini adalah apabila Umat Islam menuju kemuncak kehebatannya. Kekuatan Umat ini terletak pada ruh Islam yang didokongi umat ini. Hari ini, Ruh Islam tidak lagi bermaya. Masyarakat tidak beriman dengan Al Quran dan gagal menghayati seruan Rasul.
Method perubahan yang dibawa ISMA dalam menyelesaikan masalah kebejatan ummat tercinta ini adalah mendidik jiwa kanak-kanak, remaja, belia, wanita, dan orang dewasa akan tujuan dan hakikat kejadian mereka. Mengenali diri dan mengenali Pencipta. Asas-asas Islam diterapkan dalam jiwa. Sebagaimana para sahabat dalam era awal dakwah disampaikan. Jiwa mereka dididik mengenal syahadah, fungsi dan tuntutannya. Generasi awal Islam di didik dengan seruan ISLAM. Melalui proses ini, mereka berubah dari individu yang tiada apa yang di banggakan kepada individu yang mendokong risalah Illahi. Nama-nama mereka disebut sehingga kini. Natijahnya, asas yang kukuh dibina bagi memperjuangkan agama.
Umat Islam hari ini memerlukan tindakan segera untuk mengembalikan keunggulannya. Bangsa Melayu di Malaysia perlu memperkemaskan kedudukkannya sebagai bangga unggul yang memperjuangkan Islam. Dengan kefahaman ini, ISMA Australia tampil dengan satu gagasan yang didokongi oleh pemuda-pemudi yang tinggi semangat juang dalam usaha untuk memartabatkan bangsa dan negara di persada dunia dengan berpaksikan Islam.

Dengan penuh rasa tawadhu’, ISMA Australia berbesar hati dengan kepercayaan yang di berikan oleh ISMA untuk kami membawa panji ISMA ke bumi Australia.
ISMA Australia juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan di atas sokongan yang diberikan oleh pihak kedutaan Malaysia di Australia dan pihak Jabatan Penuntut Malaysia (Malaysian Student Department (MSD) Australia). ISMA Australia melahirkan kesediaan untuk berganding bahu bersama dengan pihak MSD, pertubuhan-pertubuhan pelajar dan pertubuhan kemasyarakatan dalam usaha untuk merealisasikan misi kita bersama, Membina Generasi Harapan.
Akhirnya, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dalam ISMA Australia yang sama-sama bertungkus lumus bagi menjayakan Seminar Mahasiswa yang julung kali diadakan ini.

Dr Zaki Ibrahim
Pengerusi ISMA Australia

Browse > Home /

SWINE FLU ( Influenza H1N1 09) DAN ANDA

Tuesday, June 23, 2009 | 3 Comments

Apa itu swine flu ?

Swine flu adalah sejenis dari beratus jenis influenza. Swine Flu ini adalah penyakit respiratori ( paru-paru) yang berjangkit daripada khinzir disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air ( hingusan etc) dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi.

Berapakah Jenis Selesema Babi yang wujud?

Virus Swine flu ini sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada khinzir), H1N2, H3N1 dan H3N2.

Khinzir boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi). Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa.

Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant). Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia.Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.

Apakah Symtoms Swine Flu ?

Symptoms Swine flu pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam panas ( >38 degree), batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah DAN TERDEDAH DENGAN KAWASAN YANG DI KETAHUI TERDAPAT KES H1N1 09 ( swine flu)

Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan ini ?

Tiada vaccine untuk swine flu ini TETAPI di syorkan untuk pesakit-pesakit yang mempunyai penyakit chronic ( termasuk Asthma) mendapat suntikkan Influenza Vaccination.



Apakah rawatan bagi swine flu?

Kebanyakkan kes Selesema ( termasuk swine flu) yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral. Di Australia, anti viral diberi kepada pesakit dan juga orang yang terdedah dengan pesakit.

Kenapa ada kes-kes yang menyebabkan kematian?

Kes kematian di sebabkan Influenza virus ( common influenza) memang sangat tinggi setiap tahun. Kematian di sebabkan oleh virus influenza ( termasuk swine flu) adalah disebabkan pesakit yang mempunyai tahap ketahanan penyakit ( immune system) yang rendah . Golongan yang mempunyai risoko adalah :
1. Pesakit-pesakit kronik seperti Diabetes, penyakit respiratory, jantung,dan buah pinggang atau immune system yg rendah kerana mengambil ubat tertentu
2. Asthma
3. Ibu Mengandung
4. Obesity
5. bayi berusia 1 tahun dan kebawah

Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.
Ambil langkah-langkah berikut:

Jika anda batuk atau bersin:

a)Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
b)Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
c)Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
d)Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, e)Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
f)Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang.
g)Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
h)Segera dapatkan rawatan di klinik berhampiran

Adakah saya boleh berkunjung ke kawasan yang di isytiharkan pandemic kepada swine flu?

Masyarakat hari ini terlalu ”over –react” dengan swine flu. Swine flu hanya akan tersebar dengan rembesen dari respiratory ( respiratoty droplets). Kebanyakkan pesakit swine flu telah di kuarantin di rumah. JIKA anda mempunyai masalah penyakit kronik , anda di nasihatkan untuk mengelakkan diri dari berkunjung ke kawasan tersebut. JIKA anda sihat , Anda boleh bergerak bebas dan pastinya di nasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah-langkah berjaga seperti soalan di atas

Browse > Home /

Autumn Gathering 2009

Tuesday, April 14, 2009 | 2 Comments

Browse > Home /

Politik .....

Wednesday, March 25, 2009 | 1 Comment | Posted in


Generasi hari ini di sajikan dengan pelbagai kerenah dan adegan politik yang membingungkan. Sukar untuk di rungkai satu persatu keserabutan yang ada.

Budaya Politik hari ini menjadikan politik adalah segalanya…dengan politik boleh kaya, dengan politik boleh mendapat kedudukkan, dengan politik dapat tender dan biasiswa, dengan politik kerja susah jadi mudah , dengan politik yang bersalah boleh terlepas dan yang tidak bersalah boleh di cekup dan pelbagai lagi perkara boleh berlaku…segalanya Kerana politik . Budaya ini menyebabkan politik dianggap sebagai kotor. Sedih apabila urusan paling penting dalam mengurus kehidupan kita dianggap urusan kotor…

Politik negara telah di landa badai semenjak episode 1998 dengan arus reformasi. Semenjak dari itu, ianya terus menjalar seolah satu fenomena baru di kalanagan masyarakat. Masyarakt mula sedar akan kepentingan kuasa politik. Sebelum ini , masyarakat ibarat lepas tangan dan selesa dengan apa yang ada. Hari ini , semua ingin melontar pandangan tentang politik. Malangnya, masyarakat kita masih lihat politik ini dengan penafsiran simple…ada puak baik ada puak jahat. Inilah politik kita...Oleh kerana terlalu simple dalam berpolitik maka berlaku kerengganagn masyarakat dan permusuhan didalam masyarakat.

Apakah politik sebenarnya?
Masyarakat kita hanya menyempitkan politik kepada politik kepartian dan beranggapan segalanya akan beres jika parti tertentu menang. Adakah begitu mudah untuk mneyelesaikan masalah umat manusia?

Bagaimana pula tafsiran Islam. Islam sebagai deen yang syumul melihat politik dengan runang lingkup yang luas. Politik bermula dengan dakwah mengajak manusia kepada Islam, siyasah dalam mendidik dan mengubah budaya kehidupan mereka, siyasah dalam membina asas-asas organisasi dan institusi, perlaksanaan Syariat Islam dalam seluruh aspek kehidupan dan siyasah hubungan Islam dengan bukan Islam. Kesemua ini di rangkumi dalam usaha untuk mengabdikan diri kepada Allah

Matlamat kemanusian adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Maka, matlamat politik juga adalah untuk mengurus kehidupan manusia agar sentiasa abdi kepada Allah. Tetapi sayang, apabila budaya politik hari ini menjadi hilang punca dan kusut.

Fenomena politik hari ini berhadapan dengan krisis keyakiann. Isu pergolakakn politik di Perak, Isu lompat parti, gambar peribadi di aibkan di kalayak ramai, ahli politik di palitkan tohmahan dan fitnah, Politik wang yang tidak berkesudahan dan pelbagai lagi suasan politik yang too much politicking

Adakah golongan muda yang menjadi generasi harapan kepada umat hanya sekadar dengar dan berdiam diri. Sudah tentu tidak!
Scenario hari ini adalah percaturan masa depan kita. Politik bukan sekadar berkisar harga minyak,harga beras atau harga gula..tetapi adalah mekanisme hala tuju negara. Generasi muda mesti menggarap fenomena ini dan mempersiapkan diri untuk memikul cabaran hari hadapan. Fenomen hari menyaksikan bagaimana budaya Islam dan ketuanan Melayu di robek dan di cabar. Fenomena hari ini berlaku kerana lemahnya jati diri umat Islam. Hari ini, kehidupan di sajikan dengan budaya kehidupan yang melalaikan dan membuntukan perjuangan.

Adakah esok akan akan lebih teruk dari hari ini ?Generasi muda hari ini perlu bersedia untuk menjadi pemimpin umat yang sejati lagi unggul agar martabat bangsa dan umat Islam menjadi tonggak yang memimpin kepada keredhaan Allah. Inilah cabaran kita. Golongan muda tidak boleh lagi hidup dalam denial yang berpanjangan dan merasakan tidak ada apa-apa yang berlaku, Cuma kisah orang politik….

Perancanagn hari ini adalah realty hari esok, mahasiswa mesti keluar dari budaya kehidupan yang melemahkan jiwa , keluar dari budaya ala kadar, budaya cukup makan, budaya pengikut dan budaya penakut. Mahasiswa perlu menjadi generasi pewaris umat yang berani dan menjadi generasi harapan kepada umat perlu mantapkan diri dengan keperibadian Islam yang unggul ,Ilmu yang mendalam dan kefahahaman yang tinggi.

Browse > Home /

siapakah dia pelajar cemerlang?

Wednesday, March 4, 2009 | 1 Comment | Posted in


Seronok melihat telatah dan semangat yg di tunjukan oleh pelajar-pelajar baru yang baru menjejakkan kaki ke university di Adelaide. Ramai yang mula menyusun langkah mencari rakan study, menyediakan bilik study dan tak kurang pula yang semangat dengan computer, PDA , handphone, etc

Usia 19 tahun adalah usia penting dalam kehidupan pelajar.Walaupun usia baru 19 tahun, tetapi pengalaman yang lepas sudah cukup untuk menjadi bekal untuk mengharung cabaran hari mendatang.

Masih ingatkah kita saat ketika kita di tadika,saat ketika hari pertama beruniform sekolah dan duduk di kelas bersama kawan2 di sekolah rendah.Ucapan selamat yang tidak pernah jemu....BANGUN ! SELAMAT PAGI CIKGU !Betapa meriah persekolahan ketika itu.Sekolah adalah playground kepada kita. Rakan2 merupakan our best mate!!
Belajar dan bermain adalah segalanya. Budak perempuan adalah "musuh"

Ingatkah kita ketika peperiksaan UPSR di umumkan...bagaimana gembiranya ibu bapa kita.

Kemudian kita ke sekolah menengah...kita mula membina imej diri. Perempuan yang dulunya musuh sekarang adalah tarikan. cikgu kekadang menjadi kawan tetapi selalunya tidak ngam dengan kita. Ramai yang mula mencuba pelbagai stail... stail rambut , stail pakaian , stail bercakap dan macam2 lagi. Ada yang berlagak macho, berlagak hero dan teringin nak di nobatkan sebagai taiko/samseng sekolah. Yang pasti, Kehidupan Remaja adalah kehidupan yang penuh misteri dan sarat dengan experiments.

Keputusan SPM adalah titik persimpangan jalan. Selepas SPM, langkah kita mula terpisah dan masing -masing mengorak langkah dalam kehidupan tersendiri. Ramai yang tersangkut di kilang selepas SPM. Ramai juga yang melepak dan masih dalam mood remajanya.

Alhamdulillah, kita di beri peluang utk teruskan langkah dalam mencari platform terbaik untuk kita lonjakkan diri dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah dan menjadi insan yg berguna kepada Agama , negara dan masyarakat kita.

Kita telah melepasi beberapa siri saringan. Kita sekarang di alam university.Betapa seronoknya dapat further study di university. kalau kita imbas pengalamam kita di hari semalam, kita telah diuji dalam alam persekolan, zaman remaja dan sekarang ujiannya di alam university !! JGN LUPA INI ADALAH UJIAN

Masih teringat kata2 seorang kenalan yg mengungkap pengalamannya belajar di Australia ..."A thought i knew about life before I came to Australia but after 4 years in Australia..I can say that I only learned 1% about life in my 19 years in Malaysia and 99% in my 4 years in Australia " ( Alwi - Ex student Melbourne)

I can't agree more....4 years in Australia, it will be the most interesting journey in your life. Enrolling as a student bukan lagi kejayaan TETAPI adalah langkah awal atau ticket utk kejayaan jika kita sediakan diri untuk berjaya.

Siapakah dia pelajar yg cemerlang? adakah diukur dgn academic qualification sahaja?
adakah negara inginkan first class engineer, first class doctor, first class accountant tetapi akhlaqnya rosak, tidak sensitive dengan masalah umat, tidak peka dengan cabaran masa depan, Tidak fikir selain untuk dirinya sahaja...kurang memberi tetapi hanya mahu menerima !!

Kepada adik2 pelajar2 baru..jadilah pelajar yang cemerlang dalam semua asepct kehidupan. Rebutlah peluang untuk menjadi first class student dalam academic,akhlaq,aqidah,ibadat,ruhani,jasmani dan mental.

Sekadar berkongsi pandangan......
Dr Zaki Ibrahim

Browse > Home /

Saya , Adelaide dan Malaysia....

Tuesday, February 24, 2009 | 6 Comments | Posted in


Adakah Doctor plan nak stay di Australia for good? Doctor dah lupa Malaysia dah ke? Tak baik Doctor kita tak berbakti pada Tanahair kta.... Dan banyak lagi nasihat , soalan dan tidak kurang juga perli2 yang saya terima bertanyakan hala tuju saya dan keluarga...

Ingin saya kongsi disini apa yang terbuku di fikiran.....


2hb September 1996 adalah hari paling bermakna dalam hidup saya, Apa tidaknya..first time tinggalkan M'sia ! Fisrt time naik flight ! first time ke negara orang putih! fisrt time berjauhan dengan keluarga!

Terkenang saat keluarga menghantar saya ke Subang Airport , saya bergaya dengan suit ( JPA kasi elaun khas utk tempah )bersama hampir 30 students yang lain --segak bergaya. Posing bersama family ( digital camera tak ada lagi masa tu).

Siapa sangka ...perancangan Allah utk menghantar saya ke Adelaide pada 2hb September 1996 merupakan titik tolak kepada babak paling penting dalam kehidupan saya.
Di bumi Adelaide ...saya datang dengan berbekalkan 2 beg besar dan harapan keluarga dan keazaman diri. 12 tahun berlalu, saya masih di Adelaide..September 2009 nanti adalah ulang tahun ke 13 saya di adelaide. Setelah hampir 13 tahun saya di Adelaide ...I learn alot about life. Kalau di ukur dari kaca mata material - saya boleh berbangga dengan kehidupan saya hari ini. Ramai yang hairan ....kenapa saya NAK balik ke malaysia ? kehidupan saya di adelaide selesa. Bagi saya, kehidupan di adelaide secara generalnya, sangat mudah dan tersusun...saya mempunyai perniagaan sendiri dan Alhamdulillah berjalan dengan baik.

Adelaide bukan destinasi saya...MALAYSIA adalah tempat saya. Kehidupan saya di Adelaide menjadikan keazamana saya untuk pulang ke Malaysia kami kuat.Masyarakat Australia hidup dengan kehidupan yang teratur dan berdisplin, saling hormat menghormati dan mempunyai morality yang tinggi.Saya kagum bagaimana sebuah masyarakat dapat evolve sehingga menjadikan kehidupan mereka mudah dan aman...equal opportunity and equal rights

Kenapa Malaysia masih di takuk lama ?Sampai bila saya sekadar meluahkan perasaan tidak puas hati dengan berdegar2 bersama kawan2 di sini ? Malaysia akan kekal dengan sifat masyarakatnya jika semua orang ambil sikap tidak peduli........

Pada 2 hb september 1996, harapan saya dan keluraga adalah untuk saya menjadi Seorang dokor yang berjaya dan menikmatin kehidupan yang senang lenang. Rupanya matlamat itu terlalu mudah untuk saya capai dan bukan lagi satu cabaran utk saya.
Bukan niat di hati utk membangga diri dan takabbur....Alhamdulillah syukur akan nikmat yang Allah kurniakan.

Saya matang di bumi Adelaide. Saya datang seorang diri tetapi sekarang saya sudah berkeluarga dan Alhamdulillah mempunyai 3 cahaya hati. Kalau dulu, saya sewa rumah tetapi sekarang saya di rumah sendiri dan Alhamdulillah mempunyai rumah sewa.
Saya belajar akan erti kehidupan di bumi Australia. Saya melihat dunia dengan neraca baru...NERACA ISLAM. Nikmat besar yang saya dapat perolehi dalam penerokaan saya mencari erti kehdupan.

Walaupun Australia hebat dari sudut material kehidupan TETAPI kehidupan mereka adalah kehidupan artificial dan KOSONG. Kehidupan yang tiada RUH !!!

Saya Ingin menjadi seorang Muslim yang berperanaan kepada ummah.Seorang muslim yang faham erti dirinya sebagai seorang muslim dan melaksanakan tuntutannya. Seorang anak bangsa melayu yang mempunyai jatidiri dan seorang warganegara Malaysia yang perihatin kepada negaranya. Saya berazam untuk bersama sahabat2 yang mempunyai fikrah yang sama utk menyusun langkah untuk membantu menjadikan Malaysia negara istimewa..bukan hanya dari sudut kemakmuran negara dan kesejahteraan masyarakat tetapi Malaysia yang mempunyai ruh !!

inilah saya...siapa pula kamu???

Browse > Home /

lagu istimewa...

Friday, January 30, 2009 | 1 Comment

BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH

KITA BERSATU BERUKHUWWAH DI ISMA

DENGAN KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN

MARI BEKERJA, BERJUANG DAN BERJIHAD



BUKAN MENGEJAR PANGKAT DAN HARTA

BUKAN MENCARI WANG DAN KEKAYAAN

DEMI BERKHIDMAT KEPADA BANGSA

UNTUK MENDAPAT REDHA ILLAHI



TEMAN! DI ISMA KITA JADIKAN

SAUDARA SAHABAT YANG SEJATI

BERSATU TEGUH DAN ISTIQAMAH

MILIKI SIFAT MUKMIN MULIA



ALLAH ALLAH ALLAH

ALLAH ALLAH ALLAHU AKBAR



BERTOLONG BANTU KERANA ALLAH

CONTOHI PERIBADI RASUL

BERJUANGLAH…BERSAMA ISMA

UNTUK AGAMA, NEGARA DAN BANGSA

BERSAMA ISMA KITA BERJIHAD

IKUTI SUNNAH RASUL

BERJUANGLAH…BERKORBANLAH…

MOGA AMAL DITERIMA ALLAH

DALAM IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

…. MALAYSIA …….

Browse > Home /

GAZA BERDARAH SYUHADA

Wednesday, January 7, 2009 | No Comments | Posted in

Sabarlah ya ikhwani.
Kalian diharamkan
daripada kenikmatan dunia
oleh tangan-tangan durjana
kerana kealpaan
saudara-saudaramu di mana-mana
meninggalkan jihad
leka dengan syurga dunia
yang hina fana

Tuhan telah menjanjikan
untukmu Syurga
bersama-sama
Sumayyah dan Yasir
Hamzah dan Khubaib
yang jua
telah mendahuluimu
mewakafkan hidup untuk Allah.

Namun airmataku yang mengalir
bukan kerana darah syuhadamu
tapi kerana ramainya
saudaramu di sini
yang gugur murtad
fasik dan bangga
mengikut jejak
budaya Zionis keparat.

Sedangkan para duahnya
ramai yang tertidur
mimpikan pangkat
nama dan darjat.

NUKILAN SAHABAT SAYA - ust Annuar salleh
http://renungan2u.wordpress.com/