| Subcribe via RSS

Browse > Home / / Blog Article: Mencari si Rajawali ...........

Mencari si Rajawali ...........

Monday, September 8, 2008 | Posted in

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA .....MOGA RAMADHAN 1429 ADALAH YG TERBAIK DIDALAM HIDUPA KITA....Ameen

Bersempena dengan kita menyambut Ramadhan tahun ini, pelbagai kisah dan ranjau politik tanahair menghantui pemikiran masyarakat kita. Tarikh ajaib 16th September adlaah tarikh keramat buat mereka........Segalanya akan berubah hanya dengan lompatnya beberapa kerat ahli parlimen BN ke pakatan rakyat maka Malaysia akan berubah wajah...............


WAH !! mudah sekali untuk kita mencapai satu perubahan. Perubahan bagaimana yg kita inginkan? Budaya kehidupan jahiliyyah yang menguasi kehidupan masyarakat kita tidak akan berubah hanya dengan berubahnya kerajaan sekarang. Adakah wawasan dan harapan kita sama dengan apa yang di rancang oleh pakatan rakyat? Perlu kita bersifat critical dan analytical, jangan kerana bencikan kerajaan sekarang kita menanggung beban yang ,mungkin lagi parah .

Kali ini kita berpuasa dalam suasana maruah umat Islam sedang diperkotak-katikkan oleh sesetengah pihak tertentu. Akibat pendirian yang takut kehilangan sokongan bukan Melayu di era pasca PRU12, segelintir pembesar Melayu seolah-olah lupa bahawa power-base mereka adalah masyarakat Muslim.

peristiwa demi peristiwa yang berlaku mutakhir ini menggambarkan tahap "kesihatan" masyarakat kita. Kita ambil contoh Hindraf. Akhir tahun 2007, NGO tidak berdaftar ini mengheret Malaysia ke pelantar antarabangsa dengan tuduhan amat serius – kononnya kerajaan Malaysia melakukan pembersihan etnik keturunan India dan Perlembagaan Persekutuan kononnya menindas entik bukan Melayu di Malaysia.

Sekarang lihat pula kisah penternak babi di Melaka yang terang-terang menginjak-injak bendera Malaysia di hadapan mata para pegawai kerajaan.Penternak babi yang bertindak membaling molotov kepada pihak berkuasa kerajaan.

Jangan kita lupa kepada demonstrasi membabitkan beribu-ribu kaum India di hadapan Pejabat PM di Putrajaya juga tahun lalu.Pelbagai kain rentang dan kata-kata cemuhan di luahkan.

Mengapa jadi begini? Adakah bila umat Islam dan orang Melayu yang bertindak menyuarakan isi hati mereka terhadap kerajaan maka mereka boleh dilayani secara kasar dan diluar batas undang-undang?

Adakah bila rakyat bukan Melayu bertindak menyuarakan isi hati mereka yang mengguris jiwa orang Melayu dan umat Islam perlu dilayani secara lembut kerana takut tindakan keras akan menjejaskan status quo sokongan mereka terhadap kerajaan?

Saya imbas semula insiden-insiden di atas untuk membangkitkan soal pokok dan prinsip, iaitu mengapakah kerajaan seolah-olah tidak adil terhadap orang Melayu dan umat Islam di bumi ini mutakhir ini? Dan, mengapakah kerajaan mutakhir ini amat berlembut dan cukup bertoleransi terhadap bukan Melayu yang mempertikaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan?

Umat Islam perlu peka dengan perkembangan ini untuk kita kaji dan teliti suasana umat hari ini. Umat hari ini dahagakan kepimpinan yang ikhlas lagi berani. Umat bertanya....di mana sang rajawali ?

2 Responses to "Mencari si Rajawali ..........."

  1. al-brangi Online Says:

    assalaamualaikum Dr sekeluarga. Sekarang kita dah sampai tahap pertengahan bermakna 10 hari ramadhan dah berlalu (Tahap awal - rahmah). Tahap sekarang ialah tahap pertengahan iaitu maghfirah. semoga kita banyak bermohon ampun dari allah agar dosa2 kita yg lalu diampuni Nya. Semoga kita dapat sampai ke tahap 10 terakhir iaitu ittkun minannar yaani bebas daripada api neraka atau dlm lain perkataan tuhan mengampunkan dosa2 kita.

    Saya setuju, kerana takut lepas daripada jahiliah masuk kedalam jahiliah baru.

    Jumpa lagi. dpd pak chik dan mak chik yg pernah mengunjungi Moonta dan makan kari kepala ikan dan pusing hospital serta test blood pressure. kenanagan manis kami berdua.

  2. Anonymous Says:

    assalamualaikum shiekh,
    tumpang tanya,
    1)boleh terangkan apa itu munafik?
    2)apa hukum orang Islam yang mungkir janji?
    3)apa makna khianat dalam Isalam?

    from,
    ikhwah malaysian embassy