| Subcribe via RSS

Browse > Home /

TENSION !! TENSION !! TENSION!!

Thursday, June 26, 2008 | 3 Comments | Posted in


Tension adalah perasaan yang meluap -luap difikiran pelajar di kala peperiksaan. Perasaan ini sangat mendesak dan kekadang akan menatijahkan kejelekan tindakan seseoarng. Kehebatan seseorang dan ketinggian akhlaq seseorang dapat di nilai pada tingkah lakunya dalam keadaan dia diuji dengan suasana2 yang menekan lagi"menentionkan"

Nah! sekarang kita di uji dengan exam....kita gelabah? gabra? panic? TENSION !!!
Hidup tidak seindah yang di cita. Hidup tanpa tension dan cubaan akan membaculkan jati diri dan meremehkan kemampuan diri.

AYUH !!! bangun dan terus melangkah....tension adalah perasaan. Manusia bukannya robot!Manusia pastinya berperasaan.Tension bukan bererti menyerah kalah...tetapi adalah perasaan yang sepatutnya membangkitkan semangat juang untuk terus melangkah.

"Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"

Al Baqarah 155-157

Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita...........

Browse > Home /

sms : result da kuar.................

Wednesday, June 18, 2008 | 1 Comment | Posted in




Tetiba saya mendapat sms - result da kuar !!

Degupan jantung berdenyut pantas...hatiku yakin akan keputusan dia, pasti meyakinkan!!
Dia adalah mutiara yang berkilau.

Dapat A .....AllahuAkbar !! Alhamdulillah
Hatiku sangat puas!Seolah aku yang menduduki exam. Aku merasai kenikmatan ukhuwwah dan juga mengecapi tempias pertolongan Allah kepada sahabatku.

Aku berdoa ...agar sahabat-sahabatku yang bakal menduduki peperiksaan minggu hadapan juga akan membuatku mnegecapi perasaan yang sama....ameen

Alangkah indahnya hidup ini...apabila kita hidup berpaksikan ukhuwwah illallah

Browse > Home /

Kasih Sayang Dalam Keluarga dan Dakwah - Ust Abdul Halim Abdullah

| No Comments | Posted in





Kasih sayang adalah intipati kehidupan dan perjuangan


Baru-baru ini, sehari sebelum di aqad nikah, seorang teman datang sebentar ke rumah saya untuk bertanyakan tips hidup berumahtangga. Kehidupan saya berumahtangga selama lebih 20 tahun, sudah tentu tidak mungkin dapat disimpulkan dalam beberapa petua dalam masa sejam dua. Saya mengambil kesempatan singkat tersebut untuk menekankan satu hakikat yang sangat penting dalam kehidupan berumahtangga, bahkan kehidupan di dalam Jalan Dakwah dan kehidupan dalam masyarakat antarabangsa. Hakikat itu adalah kasih sayang.



Sebelum saya meneruskan bicara, kasih sayang dalam rumahtangga adalah juga sama dengan kasih sayang di dalam jemaah di Jalan Dakwah. Keluarga adalah jemaah yang kecil. Jemaah adalah sebuah keluarga yang besar. Keluarga dan jemaah ada juzuk pemimpin dan mereka yang dipimpin. Kedua-duanya ada aspek bekerja bertungkus lumus dalam menerima ahli baru, meningkatkan kualiti diri diaspek ilmu dan syahsiyah ahli, bekerja keras mencapai matlamat kehidupan dan Islam yang digariskan Allah swt, bersama menanggung susah dan berkongsi menyambut hari-hari gembira dan sebagainya.





Berdakwah dengan penuh kasih sayang adalah kunci kejayaan.


“Sesungguhnya orang-orang beriman adalah Ikhwah (bersaudara)” (Al-Quran). Ikhwah di dalam ayat diatas sering diterjemah sebagai bersaudara, sedang saudara mara lebih tepat di dalam bahasa Arab sebagai Qurabah atau Aqribak (kerabat). Ikhwah sebenarnya lebih banyak digunapakai bererti adik beradik. Oleh itu ikatan orang-orang beriman apatah lagi di dalam satu jemaah di Jalan Dakwah lebih tepat digambarkan seperti ikatan adik beradik di dalam satu keluarga, dinaungi dan dipimpin oleh kepimpinan yang bersifat seperti ayah dan ibu kandung. Sepertimana di dalam keluarga yang sering membuat pertemuan bersama-sama ketika hari raya dan cuti sekolah, menghilang rasa rindu dan berkongsi perkembangan senang maupun susah, anggota-anggota di dalam satu organisasi juga dikira berjaya menghayati perasaan kasih sayang sekiranya mereka selalu rindu terhadap program-program yang mempertemukan sesama mereka, mendengar sebarang bentuk nasihat dan tunjuk ajar dan berkongsi perkembangan diri, keluarga dan Dakwah dalam pertemuan dan perbualan tersebut.




Melalui pengalaman dan pengamatan lebih 25 tahun di dalam amal Dakwah yang mana di satu tempat atau masa penuh kasing sayang dan di dalam satu tempat atau masa yang lain pula di dalam fitan (haru biru) dan hilang perasaan kasih sayang, saya dapat menyimpulkan bahawa :

1. Asas Dakwah atau amal Islami adalah kasih sayang yang didasari Iman. Tanpanya, tiada buah kepada Iman, bahkan tiada Amal Islami sejati pun yang hendak diperjuangkan.

2. Kasih sayang bukan sahaja dituntut berlaku sesama ahli dalam organisasi, keluarga, suami isteri, bahkan juga terhadap mad’u yang kita hendak dakwahkan, bahkan terhadap sekelian bani insan di dunia ini. Lihat sahaja tulisan Al-Banna di dalam risalah-risalahnya, kita akan dapati ruh kasih sayang yang sangat mendalam terhadap semua lapisan manusia.

3. Di masa atau tempat yang subur kasih sayang sesama ahli-ahlinya, segala masalah yang sebenarnya besar dan runcing, saya lihat menjadi masalah yang sangat kecil dan remeh yang tiba-tiba sahaja menjadi selesai sebelum sempurna usaha yang bersungguh-sungguh untuk membenterasnya.

4. Dimasa atau tempat yang kasih sayang sesama ahlinya pudar, bermasalah atau tidak mendapat penekanan yang secukupnya, segala masalah yang sebenarnya kecil dan remeh, tiba-tiba menjadi satu masalah yang sangat besar, sukar diselesaikan bahkan terbawa-bawa hingga ke peringkat tertinggi dalam organisasi !

5. Kasih sayang tempatnya di hati dan ruh yang dimiliki oleh Allah swt. Ia adalah ikatan hati dan ruh itu sendiri. Oleh itu keikhlasan yang tinggi kepada Allah sahaja yang dapat menjamin tersemainya kasih sayang hakiki yang diinginkan. Di sini pentingnya ilmu tentang Islam dan perjuangannya, kefahaman tentang matlamat dan Jalan Dakwah, kewajipan sebenar sebagai hamba Allah, pengikut Rasulullah saw dan anggota jemaah. Tanpa hakikat-hakikat di atas, perjuangan dan kasih sayang yang dimiliki adalah menyeleweng, rapuh dan akan berkecai pada bila-bila masa. Gugurnya seorang demi seorang dari Jalan Dakwah yang berlaku di depan mata kepala kita sendiri dari masa kesemasa membenarkan hakikat ini. Ada yang meninggalkan Jalan Dakwah hanya kerana teman-teman enggan meminjamkan wang kepadanya.

6. Wajib keatas setiap individu yang cintakan Islam dan kejayaannya di hari muka menyuburkan perasaan kasih sayang terhadap isterinya, suaminya, anak-anak, ahli di dalam organisasi dan manusia amnya. Sebarang sebab yang membawa kepada keadaan sebaliknya hendaklah segera disingkir atau dijauhkan. Ini termasuk bersangka buruk, mengumpat, mencari aib orang lain, ghurur (tertipu kehebatan diri kononnya), menerima berita tanpa periksa, kurang taaruf, ziarah dan berterus terang dan sebagainya.

Walaupun perbahasan diatas nampak menyangkut perihal dalam organisasi jemaah, namun ia juga sebenarnya tips dalam membina organisasi rumahtangga Dakwah yang berjaya. Hakikatnya, tiada yang didamba oleh siisteri dan anak-anak melainkan kasih sayang dari seorang suami dan ayah. Kasih sayang ini melebihi dari wang ringgit dan kemewahan harta dunia. Kekadang kita berasa aneh apabila melihat si anak yang sedang belajar di perantauan Barat yang hidup canggih serba moden sanggup membeli tiket ribuan ringgit untuk pulang bercuti di kampung yang terletak di ulu sungai di tanahair hanya semata-mata kerana dahagakan kasih sayang dari ibu bapanya.



Sebagai suami, ayah atau pemimpin, kita bukan sahaja dituntut agar menyayangi isteri, anak-anak dan anggota, tetapi juga kita dituntut menunjukkan kasih sayang tersebut kepada mereka. Menyayangi adalah perasaan. Menunjukkan kasih sayang adalah perbuatan yang boleh dilihat mereka. Betapa ramai kita yang menyayangi tetapi gagal menunjukkan kasih sayang sehingga boleh dirasai, dihargai dan dinikmati oleh orang lain. Oleh itu pada saya tidak cukup seorang suami itu terhadap isterinya sekadar affection (a feeling of loving), tetapi mestilah romantic (showing feelings of love). Tidak cukup pimpinan itu terhadap anggotanya sekadar bersifat concern, tetapi mestilah caring.



“Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallahil Azim ringan dibibir tetapi berat di timbangan (Hari Kiamat)”, maksud pesanan dari Rasulullah saw. “Apabila kamu sayang kepada saudaramu, katakan kepadanya “Aku sayang kepada mu” (maksud Hadis). Ramai lelaki yang tidak tahu bahawa ungkapan kepada isterinya ‘Abang sayang kepada Ani’ walaupun ringan dibibir seorang suami tetapi besar nilai dan kesannya kepada si Ani, isterinya. Ramai yang menyangka cukuplah sekadar bekerja kuat mencari nafkah sebagai tanda sayang kepada isteri dan anak-anak, tanpa perlu untuk mengungkapkan kata-kata romantik ! Berdasarkan hadis di atas, sangkaan tersebut adalah tidak benar.



Allah swt menciptakan lelaki dan perempuan dengan ciri-ciri yang similar but not identical. Banyak gaya bahasa yang dikeluarkan oleh satu jantina tidak difahami oleh satu jantina yang lain. Begitu juga bahasa anak kecil banyak yang tidak difahami oleh si ayah atau saya sendiri. Si anak kecil menangis tidak mahu ikut berjalan ke rumah nenek kekadang menyebabkan si ayah mencadangkan tempat lain yang lebih menarik seperti taman permainan. Pada si ayah, tangisan tersebut adalah kerana perasaan tidak puas hati si anak. Namun di anak tetap tidak mahu dan terus menangis. Si ibu lebih memahami rupanya di anak menangis lapar kerana kerana belum makan tengahari tadi ! Sering di dalam Dakwah, anggota di lihat bermasalah di segi prestasi amal atau perkataannya, atau si isteri bersikap dingin atau berleter. Pemimpin atau suami sering membuat diagnosis yang salah dari tanda-tanda yang lahir dari isteri atau teman di dalam Jalan Dakwahnya. Berbagai perbincangan, mesyuarat, berterus terang, jalan penyelesaian, wang ringgit dicurahkan namun tidak juga berkesan. Mungkin kerana masalah di pejabat, mungkin kerana kurang wang belanja, mungkin juga kerana masalah komunikasi atau mungkin kerana masalah pengajian di universiti. Sering bila diamati, jawapan sebenar ialah kerana merosot atau hilangnya perasaan kasih sayang di dalam rumahtangga dan organisasi.



Demikian sedikit sebanyak pesanan saya kepada teman yang datang untuk berkongsi pengalaman, dan saya muatkan di dalam blog ini dengan tambahan-tambahan dimana perlu semoga ianya berguna kepada para pembaca sekelian di dalam melayari kehidupan berumahtangga dan Jalan Dakwah. Kenalilah hakikat kasih sayang, hargailah peranan besar yang dimainkannya dalam menjamin kejayaan kita melayari bahtera rumahtangga dan Dakwah. Kelak kita akan takjub betapa kasih sayang mampu menggerakkan ahli disekeliling kita menuju ke arah kejayaan yang kita cita-citakan.



“Tidak beriman kamu sehingga Allah dan RasulNya lebih disayanginya dari selain kedua-duanya” (Hadis).

“Tidak beriman kamu sehingga dia menyayangi temannya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri” (Hadis)

“Orang-orang beriman itu Ikhwah (adik beradik), maka baikilah hubungan diantara kamu dan bertaqwakan kepada Allah …” (Al-Quran).



Ustaz Abd Halim Abdullah,

London.

Browse > Home /

Buat Mujahidahku yang tercinta....

Friday, June 13, 2008 | No Comments | Posted in



Teman Sejati

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Browse > Home /

Exam - hari ini, esok dan selamanya

Wednesday, June 11, 2008 | No Comments



Assalamualaikum wbt


Exam !! dah dekat...itulah topic yang sentiasa bermain di fikiran semua student.Apa tidaknya , hari makin hari ..tarikh untuk menatap first paper makin hampir. Inilah kehidupan pelajar.Kehidupan pelajar seolah berpaksikan exam. Semua yang dibuat di lihat dapat tak membantu exam yang bakal dihadapinya.

Exam oriented vs Ilmu oriented

Pencarian ilmu ini seolah-olah hanya untuk dicurahkan kepada sipemeriksa. Inilah budaya ilmu kita. Mencari ilmu bukan kerana ILMU tetapi kerana sijil. Nak dapat sijil kena lulus exam. Maka... nak tak nak kena juga lulus exam !!

Apakah kita telah dilupa akan sabda Rasul...

Barangsiapa yang menuntut ilmu,yg sepatutnya ilmu itu digunakan hanya kerana Allah,dan dia tidak menuntutnya melainkan ingin mendapat habuan keduniaan,nescaya dia tidak sesekali akan dapat mencium bau syurga.
(Riwayat Bukhari)

Nak lulus exam bukan lah susah sgt !! yang susah adalah nak dapat ilmu tu....dengan ilmu kita mendapat pandangan berbeza, kehidupan kita juga berbeza daripada orang yang tak berimu. Lahirlah generasi manusia yang berilmu.