| Subcribe via RSS

Browse > Home /

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430 DAN TAHUN BARU 2009

Sunday, December 28, 2008 | No Comments | Posted in


Masa berlalu begitu pantas..jika kita tidak merancangnya dengan baik pasti kita tenggelam dengan kesibukkan harian dan akhirnya kita hanyalah ibarat robot hidup yg bergerak dengan rutin kehidupan yang membosankan. Hari berganti hari musim berganti musim dan tahun berganti tahun....hari semalam meninggalkan kita dengan penuh penyesalan, Banyak perkara yg mungkin kita dapat capai jika kita manfaatkan masa yg telah di beri...tetapi kita mungkin mengambil ringan akan masa yang ada.Benarlah kata Albanna - masa adalah kehidupan

Tahun baru muncul dengan menjanjikan seribu pengharapan. Pelbagai perkara yang menanti di hadapan. Peristiwa terbaru di Gaza sangat meyanyat hati. Pelbagai kerajaan, badan bukan kerajaan, pertubuhan politic dan org awam - semuanya mengutuk kekejaman negara haram Israel keatas bumi palestine. Kutukkan itu tidak langsung dinilai oleh rejim zionis. Nilai suara umat Islam tidak menggerunkannya.

Umat Islam di Palestine bukan perlukan suara kutukkan kepada zionis semata-mata. Apa yang mereka lebih perlukan adalah tangan (kuasa) untuk mempertahankan hak mereka.Siapakan umat yang sedia untuk berganding bahu bersama mereka menentang kezaliman Israel ? Sediakah kita? Atau kita hanya bersedia setakat kutukkan semata-mata?

Siapkan diri kita untuk menjadi umat terbaik untuk mengembalikan maruah umat ISlam. KIta perlukan ruhul jadid ...INILAH HARAPAN AKU DI TAHUN 1430

Browse > Home /

Bleeding in GAZA ...never ends

| No Comments | Posted in


On the most bloody day witnessed in Palestine since 41 years the Israeli occupation war machine on Saturday killed more than 230 Palestinians and wounded around 750 others, 200 of them in serious condition.

More than a hundred American supplied F16s carried out a series of simultaneous air strikes at noon Saturday across the Gaza Strip targeting police stations and a mosque.

The air strikes were timed to coincide with time school children leave their schools home causing many casualties amongst school children.

Muaweyya Hasanin, director of emergency services, said that 230 people were killed in the attacks and 750 were wounded, 200 of them seriously, adding that a large number of civilians were amongst the victims. Medical sources expected the death toll to rise to 350.

Hasanin added that there 15 victims who could not be identified because their bodies were badly mutilated, adding that at 80 of the victims were mutilated.

He said that the rapid rise in the death toll was due to the recovery of new victims from under the rubbles and the continuing Israeli air strikes which have not stopped until the early hours of Sunday.

Hasanin also said that hospitals are lacking medicines and medical materials necessary for treating the wounded calling on Arab countries to provide the essential medical supplies urgently

Browse > Home /

Shoes to Mr Bush - A gift from Iraqi

Wednesday, December 17, 2008 | No Comments | Posted in


a man throws a shoe at President George W. Bush during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki on Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad. The man threw two shoes at Bush, one after another

Browse > Home /

Mujahid dalam hidupku

Tuesday, December 9, 2008 | 4 Comments


Assalamualaikum wbt
Saya ingin berkongsi saat-saat sangat yg terasa terlalu suntuk dan terlalu memenatkan tetapi sangat bermakna dan penuh kenangan.
Bermula pada :

Khamis 4/12/08 : Kerja dari pukul 8am -6pm tanpa break sebab terlalu sibuk. Sempat
solat dan makan skit2 diantara consultation. Patient keluar je dari
bilik - terus capai buah peach dan banana , kira lunch la tu..
kemudian panggil sorang lagi patient untuk consultation seterusnya.
Dia habis aje - terus ambil wudhuk kemudian solat zuhr.
Balik kerja pukul 6.30 sampai rumah...lepas solat asar dah kena
kejar untuk apointment dengan real estate agent - untuk settlement
beli rumah. Terus bergegas ke Ferryden Park. Habis penyerahan kunci
semua dah pukul 8.00 pm
Balik dengan semangat untuk memeriahkan rumah baru ini dengan
suasana tarbiyyah ... " Baitul Tarbiyyah"

Jumaat 5/12/08: Awal pagi ( 4.50am) selepas solat di wandana Masjid dah kena
plan untuk operasi pindah barang dari rumah di Gilles Plains ke
Baitul Tarbiyyah. Banyak Kenangan dirakamkan di rumah
Kopoola Cresent Gilles Plains. Sayu meniggalkannya !
Operasi pindah ini sangat memenatkan..barang tersangatlah banyaknya!!
Ramai ikhwah yang membantu..di ketuai oleh Akhi Muslim
Jazakumullah Khairan khathira
Saya dan kak alin mula unpack things terutama keperluan asas rumah.
Kak alin yang dah 37 weeks pregnant pun semangat membantu..kami
mula kerja urusan pindah pada awal 8 pagi dan berlarutan pada
saya dan kak alin hingga 1.20 pagi.

Sabtu 6/12/08 4am : saya di kejutkan oleh kak Alin kerana dah mula rasa sakit perut
5am : Sakitnya makin kuat dan regular interval
pada awalnya ..kami dok mengharap ini hanya practice
contraction je kot.. ( masing2 sangat penat)
6.am Kena ke hospital juga sebab sakitnya makin kuat dan ada "show"
Kami ke Adelaide women children hosp ..kak alin makin sakit !!
terus di minta ke level 3 - delivery suite
Midwife - asess : fully dilated !!Not enough time for epidural
11.25 MUJAHID IQBAL dilahirkan. Saya bersyukur kerana dapat menyambut
sendiri kelahiran Mujahid iqbal kedunia ini.Sungguh menakjubkan
kekuatan seorang wanita dalam melahirkan bayi...

Wassalam
Dr Zaki Ibrahim

Browse > Home /

sekadar pandangan

Sunday, November 30, 2008 | No Comments

1. BARRACK OBAMA - "A change has come"

Ramai yang tertarik dengan perwatakan dan karismatik Mr Obama - bakal president
US. Ramai yang memberi pelbagai harapan. Ramai yang menyangka " dunia baru yang lebih cemerlang bakal tiba". Budaya mengharap ini bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita...ingat ketika Anwar Ibrahim menjanji kerajaan baru. Pengharapan yang sama juga bermain di bibir masyarakat.

Kenapa kita tunggu dia - Dia pasti ada agenda dia. Dia ada perjuangan dia...
Kita terlalu mengharap kepada usaha orang lain dalam menjaga kepentingan kita , kenapa kita tidak bertindak sendiri dalam mengubah hala tuju kita...saranan dalam surah Ar Radd 11 " Allah tidak akan mengubah nasib kamu melainkan kamu yang perlu berusaha mengubahnya" sudah cukup menggambarkan Stand yang perlu di ambil oleh genrasi MUKMIN yang faham.

Golongan yang celik kepada Islam tidak akan terpedaya ...mereka yakin dengan jalan ISLAM yang di tunjukkan oleh Rasullah..SO KITA YANG LEAD THE WAY !!

Browse > Home /

Aku terima nikahnya ...bhgn 2

Tuesday, November 25, 2008 | No Comments | Posted in


Titik tolak kita berkahwin

Kerana apa ?
Kerana nafsu ?
Kerana penerniagaan kelurag
Kerana nak rapatkan kekeluargaan
Kerana nak ramaikan anak keturunan
Kerana boring dan lonely sorang diri?
Kerana nak ada org tolong uruskan kehidupan kita?

Jadi APA TUJUAN KITA KAHWIN

“Siapa yang Hijrahnya untuk Allah dan Rasul, maka Hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasul. Siapa yang Hijrahnya untuk dunia yang diburu atau wanita yang ingin dinikahi, maka Hijrahnya untuk apa yang di niatkan …” (Hadis

kita akan dapat apa yang kita impikan. Malanglah..jika kita hanya berkahwin hanya untuk tujuan kedunian semata-mata. Lupakah kita akan kehidupan akhirat..
Nikmat paling besar kita berkahwin adalah …isteri/suami kita membantu urusan ASASI kita sebagai hamba kepada ALLAH. BIla berkahwin ,insyaAllah Urusan kita terjaga.

Yang lainnya adalah BONUS bukan Matlamat. Ada org berkahwin tetapi tidak mempounyai anak ..tetapi mereka bahagia kerana mereka kahwin bukan bermatkamatkan anak. Adaorg kahwin tetapi hidup mereka serba sederhana, mereka bahagia dan tidak merungut kerana mereka bukan kahwin untuk kaya.


Ini bukan bermakna …sebuah rumahtangga yang berpaksikan ISLAM itu akan bersifat boring, skema dan sunyi dari keseronokkan, miskin …TETAPI rumah tangga inilah yang sepatutnya PALING BEST !!

Keluarga ini berhibur , bergelak ketawa dan bermanja …keindahan yang tiada penghujung. Ahli keluarganya dididik dengan akhlaq Islam , mereka matang dalam berbincang dan bijak dalam berhujah. Keluarga ini menjadi qudwah kepada keluarga yang lain. Keluarga ini menjadi permata masyarakat

bersambung...

Browse > Home /

Aku terima nikah nya...... (bghn 1)

Friday, November 14, 2008 | No Comments | Posted in


Alhamdulillah minggu ini dan beberapa minggu akan datang ramai kenalan saya akan melangsungkan perkahwinan. Seronok kami di Adelaide ini mendengarnya. Tahniah !!

Beberapa orang sahabat mengirim e-mail minta "Tips" dan ada yang express perasaan gementarnya..."dok mengira hari je ni !!! Tak tahu apa nak buat nanti...takutnya"

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman terutama pengalaman saya bergaul dengan sahabat yang telah lama berumahtangga.Pengalaman peribadi masih terlalu cetek untuk di kongsi.

Saya melafazkan kata-kata hikmat "aku terima nikahnya....pada tanggal 13/01/2000. Saya masih ingat dengan jelas detik bersejarah pada malam tu. Suasana tetamu dan saudara mara yang penuh dengan keseronokkan,senyum dan gelak ketawa juga tidak kurang usik-mengusik. Saya masih "blurr" dan tak tahu apa nak buat...Akhirnya selepas "upacara batal wudhuk" dan bergambar ...saya balik kerumah tempat saya menumpang di Jertih bersama mak dan rombongan pengantin lelaki. Termenung seorang diri...

Saya balik kerumah tempat kami berkampung sementara meninggalkan Alin Abd Rahman yang telah menjadi isteri saya...Tidur saya pada itu adalah tidur seorang suami !! Saya masih ingat pelbagai perkara bermain di fikiran. Buku tentang tips rumahtangga telah di hadam...sekarang bagaimana saya nak mencorakkannya dalam kehidupan. Suasana minggu -minggu awal perkahwinan adalah suasana paling "janggal" dalam hidup seorang pengantin dimana semua yang dilakukan akan di perhatikan dan kekadang di buat conclusion akan SIAPA KITA ?

SIAPA saya ?? saya adalah seorang yang belajar untuk mewakafkan kehidupan ini pada jalan Allah !!

Ramai yang mempunyai matlakamt kehidupan yang sama - mencari keredhaan Allah. Itulah kita! TETAPI ....
Bagaimana kita hendak menterjemahkan siapa kita dalam kehidupan tanpa kita perlu perkenalkan diri tetapi cukup dengan tutur kata dan tingkah laku, Harapanya ianya cukup untuk menggambarkan siapa kita! saya pernah di beritahu bahawa Perkahwinan adalah platform terbaik untuk kita kenalkan diri ini.

Perkahwinan adalah permusafiran bersama menuju destinasi yang di suami adalah nakhodanya dan isteri sebagai pembantu. Adakah si isteri tahu di mana si suami hendak bawa bahtera ini dan adakah si suami yakin bahwa si isteri juga hendak pergi ke tempat yang sama..?
Manusia akan mula menilai dan menganalisa bahtera ini ....Kita juga tidak lupa nilaian ALLAH akan bahtera ini...maka BERMULALAH EPISODE RUMAHTANGGA

bersambung.....

Browse > Home /

NUREEN DEEN : SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-7

Friday, November 7, 2008 | No Comments



Selamat mneyambut ulang tahun yang ke-7 buat "my special friend"
Nureen Deen Mohamad Zaki
Baba masih ingat saat istimewa 7 tahun yang lalu...melihat anugerah Allah kepada Baba dan Ummi

Browse > Home /

pena pedangmu...

Adik-adik yang saya rindui...
Peperiksaan adalah medan perjuangan kita. Perjuangan adalah perlaksaan kata-kata yang bermula dari lembaran risalah yang akhirnya di hidupkan dalam kehidupan.
Saya dan keluraga ingin mengucapkan Selamat dalam berjuangan...



PENA PEDANGMU

Mana pedangmu...
Ayuh hunuskan pedangmu
Jangan sembungikannya dalam berjuang
bukankah ini waktu yang kau rindui
Untuk mengkotakan janji keberanianmu

Kau berdegar siang dan malam
menceritakan kisah perwira semalam
Kisah mereka yang tiada gentar
pedang mereka tiada kebelakang

pertarunganmu makin mendekat
hati dan jiwa perlu diasah
agar sinar jiwamu mengalir ke pedangmu
pedangmu adalah lambang jihad

Langkahmu adalah langkah pejuang
Langkah kehadapan tanda kemenangan
Mantapkan kekudamu
kemaskan genggaman pedangmu



Dr Zaki Ibrahim
7/11/08
Gilles Plain

Browse > Home /

Exam Semalam dan Exam Hari Ini .

Wednesday, November 5, 2008 | 3 Comments


Assalamualaikum wbt
lama rasanya tidak berkongsi pandangan didalam blog ini. Saban hari mencari masa utk menaip...
Idea datang bertalu-talu tidak terkejar dek slownya jari jemari mencari huruf ...pelengkap kata. Almaklumlah cara orang kampung menaip!

Minggu ini ramai yang sibuk dengan persedian utk menghadapi peperiksaan...emmmmmmm exam !! ramai yang tersentak bila di sebut peperiksaan. Biasalah, Siapa yang suka di uji !!

Kita makin matang , bukan sahaja dengan meningkatnya usia semata-mata tetapi juga ilmu utk di jadikan panduan dalam kita menyusun langkah ke hari mendatang. Kita pernah menduduki exam di hari semalam...kita pernah buat preparation utk exam tu..kita pernah tension,pernah nangis, pernah ketawa dan keliru bila berhadapan dengan peperiksaan.

PERSOALANNYA ...kita dahulu mungkin jahil akan hakikat kehidupan ini, kita mungkin masih keliru dangan erti hidup bersama dengan ISlam dan erti memperjuangankan ISLAM.
KIta hari ini berbeza dengan kita di semalam hari...TETAPI kenapa corak kehidupan kita bila berhadapan dengan exam sama sahaja ? Kita perlu jadi ORANG yang BARU selapas kita Faham ISLAM . Tension , sedih , suka, nangis , gembira dalam menghadapai exam adalah dengan nada yang baru ...Nada istimewa kerana kita tekah di anuegrahkan ISLAM.

Kalau dahulu kita asyik takut dan tak yakin tetapi hari ini kita yakin , berani berjuang dgn semangat mujahadah yang tinggi dan pengharapan yang tinggi kepada pertolongan ALLAH . KIta berdoa dan bertawakkal dengan hati yang khusyuk lagi tawadhuk. Jika ini sifat kita ...maka kita telah LULUS walau keputusan belum keluar

“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7)

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

”Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya.”(Ath Thalaq:4)

YAKIN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH...TETAPI jauhi juga kemaksiatan. Karena kemaksiatan merupakan sebab tidak datangnya pertolongan Allah.

Selamat mengahadapi peperiksaan dengan langkah baru


Dr Zaki
Adelaide

Browse > Home /

Selamat menyambut Eidul Fitri

Thursday, October 2, 2008 | No Comments


Salam Eidul Fitri 1429

Alhamdulillah hari kebesaran ini datang lagi
setelah Sebulan berpuasa kita di anugerahkan dengan Eidul Fitri
Saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut eidulfitri
Eid Mubarak
taqaballallahu minkum solehan amal

Dr M Zaki Ibrahim
Dr Alin Rahman
Nureen Deen
Aiman Mujaddid

Browse > Home /

Mencari si Rajawali ...........

Monday, September 8, 2008 | 2 Comments | Posted in

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA .....MOGA RAMADHAN 1429 ADALAH YG TERBAIK DIDALAM HIDUPA KITA....Ameen

Bersempena dengan kita menyambut Ramadhan tahun ini, pelbagai kisah dan ranjau politik tanahair menghantui pemikiran masyarakat kita. Tarikh ajaib 16th September adlaah tarikh keramat buat mereka........Segalanya akan berubah hanya dengan lompatnya beberapa kerat ahli parlimen BN ke pakatan rakyat maka Malaysia akan berubah wajah...............


WAH !! mudah sekali untuk kita mencapai satu perubahan. Perubahan bagaimana yg kita inginkan? Budaya kehidupan jahiliyyah yang menguasi kehidupan masyarakat kita tidak akan berubah hanya dengan berubahnya kerajaan sekarang. Adakah wawasan dan harapan kita sama dengan apa yang di rancang oleh pakatan rakyat? Perlu kita bersifat critical dan analytical, jangan kerana bencikan kerajaan sekarang kita menanggung beban yang ,mungkin lagi parah .

Kali ini kita berpuasa dalam suasana maruah umat Islam sedang diperkotak-katikkan oleh sesetengah pihak tertentu. Akibat pendirian yang takut kehilangan sokongan bukan Melayu di era pasca PRU12, segelintir pembesar Melayu seolah-olah lupa bahawa power-base mereka adalah masyarakat Muslim.

peristiwa demi peristiwa yang berlaku mutakhir ini menggambarkan tahap "kesihatan" masyarakat kita. Kita ambil contoh Hindraf. Akhir tahun 2007, NGO tidak berdaftar ini mengheret Malaysia ke pelantar antarabangsa dengan tuduhan amat serius – kononnya kerajaan Malaysia melakukan pembersihan etnik keturunan India dan Perlembagaan Persekutuan kononnya menindas entik bukan Melayu di Malaysia.

Sekarang lihat pula kisah penternak babi di Melaka yang terang-terang menginjak-injak bendera Malaysia di hadapan mata para pegawai kerajaan.Penternak babi yang bertindak membaling molotov kepada pihak berkuasa kerajaan.

Jangan kita lupa kepada demonstrasi membabitkan beribu-ribu kaum India di hadapan Pejabat PM di Putrajaya juga tahun lalu.Pelbagai kain rentang dan kata-kata cemuhan di luahkan.

Mengapa jadi begini? Adakah bila umat Islam dan orang Melayu yang bertindak menyuarakan isi hati mereka terhadap kerajaan maka mereka boleh dilayani secara kasar dan diluar batas undang-undang?

Adakah bila rakyat bukan Melayu bertindak menyuarakan isi hati mereka yang mengguris jiwa orang Melayu dan umat Islam perlu dilayani secara lembut kerana takut tindakan keras akan menjejaskan status quo sokongan mereka terhadap kerajaan?

Saya imbas semula insiden-insiden di atas untuk membangkitkan soal pokok dan prinsip, iaitu mengapakah kerajaan seolah-olah tidak adil terhadap orang Melayu dan umat Islam di bumi ini mutakhir ini? Dan, mengapakah kerajaan mutakhir ini amat berlembut dan cukup bertoleransi terhadap bukan Melayu yang mempertikaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan?

Umat Islam perlu peka dengan perkembangan ini untuk kita kaji dan teliti suasana umat hari ini. Umat hari ini dahagakan kepimpinan yang ikhlas lagi berani. Umat bertanya....di mana sang rajawali ?

Browse > Home /

TENSION !! TENSION !! TENSION!!

Thursday, June 26, 2008 | 3 Comments | Posted in


Tension adalah perasaan yang meluap -luap difikiran pelajar di kala peperiksaan. Perasaan ini sangat mendesak dan kekadang akan menatijahkan kejelekan tindakan seseoarng. Kehebatan seseorang dan ketinggian akhlaq seseorang dapat di nilai pada tingkah lakunya dalam keadaan dia diuji dengan suasana2 yang menekan lagi"menentionkan"

Nah! sekarang kita di uji dengan exam....kita gelabah? gabra? panic? TENSION !!!
Hidup tidak seindah yang di cita. Hidup tanpa tension dan cubaan akan membaculkan jati diri dan meremehkan kemampuan diri.

AYUH !!! bangun dan terus melangkah....tension adalah perasaan. Manusia bukannya robot!Manusia pastinya berperasaan.Tension bukan bererti menyerah kalah...tetapi adalah perasaan yang sepatutnya membangkitkan semangat juang untuk terus melangkah.

"Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"

Al Baqarah 155-157

Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita...........

Browse > Home /

sms : result da kuar.................

Wednesday, June 18, 2008 | 1 Comment | Posted in




Tetiba saya mendapat sms - result da kuar !!

Degupan jantung berdenyut pantas...hatiku yakin akan keputusan dia, pasti meyakinkan!!
Dia adalah mutiara yang berkilau.

Dapat A .....AllahuAkbar !! Alhamdulillah
Hatiku sangat puas!Seolah aku yang menduduki exam. Aku merasai kenikmatan ukhuwwah dan juga mengecapi tempias pertolongan Allah kepada sahabatku.

Aku berdoa ...agar sahabat-sahabatku yang bakal menduduki peperiksaan minggu hadapan juga akan membuatku mnegecapi perasaan yang sama....ameen

Alangkah indahnya hidup ini...apabila kita hidup berpaksikan ukhuwwah illallah

Browse > Home /

Kasih Sayang Dalam Keluarga dan Dakwah - Ust Abdul Halim Abdullah

| No Comments | Posted in





Kasih sayang adalah intipati kehidupan dan perjuangan


Baru-baru ini, sehari sebelum di aqad nikah, seorang teman datang sebentar ke rumah saya untuk bertanyakan tips hidup berumahtangga. Kehidupan saya berumahtangga selama lebih 20 tahun, sudah tentu tidak mungkin dapat disimpulkan dalam beberapa petua dalam masa sejam dua. Saya mengambil kesempatan singkat tersebut untuk menekankan satu hakikat yang sangat penting dalam kehidupan berumahtangga, bahkan kehidupan di dalam Jalan Dakwah dan kehidupan dalam masyarakat antarabangsa. Hakikat itu adalah kasih sayang.



Sebelum saya meneruskan bicara, kasih sayang dalam rumahtangga adalah juga sama dengan kasih sayang di dalam jemaah di Jalan Dakwah. Keluarga adalah jemaah yang kecil. Jemaah adalah sebuah keluarga yang besar. Keluarga dan jemaah ada juzuk pemimpin dan mereka yang dipimpin. Kedua-duanya ada aspek bekerja bertungkus lumus dalam menerima ahli baru, meningkatkan kualiti diri diaspek ilmu dan syahsiyah ahli, bekerja keras mencapai matlamat kehidupan dan Islam yang digariskan Allah swt, bersama menanggung susah dan berkongsi menyambut hari-hari gembira dan sebagainya.





Berdakwah dengan penuh kasih sayang adalah kunci kejayaan.


“Sesungguhnya orang-orang beriman adalah Ikhwah (bersaudara)” (Al-Quran). Ikhwah di dalam ayat diatas sering diterjemah sebagai bersaudara, sedang saudara mara lebih tepat di dalam bahasa Arab sebagai Qurabah atau Aqribak (kerabat). Ikhwah sebenarnya lebih banyak digunapakai bererti adik beradik. Oleh itu ikatan orang-orang beriman apatah lagi di dalam satu jemaah di Jalan Dakwah lebih tepat digambarkan seperti ikatan adik beradik di dalam satu keluarga, dinaungi dan dipimpin oleh kepimpinan yang bersifat seperti ayah dan ibu kandung. Sepertimana di dalam keluarga yang sering membuat pertemuan bersama-sama ketika hari raya dan cuti sekolah, menghilang rasa rindu dan berkongsi perkembangan senang maupun susah, anggota-anggota di dalam satu organisasi juga dikira berjaya menghayati perasaan kasih sayang sekiranya mereka selalu rindu terhadap program-program yang mempertemukan sesama mereka, mendengar sebarang bentuk nasihat dan tunjuk ajar dan berkongsi perkembangan diri, keluarga dan Dakwah dalam pertemuan dan perbualan tersebut.




Melalui pengalaman dan pengamatan lebih 25 tahun di dalam amal Dakwah yang mana di satu tempat atau masa penuh kasing sayang dan di dalam satu tempat atau masa yang lain pula di dalam fitan (haru biru) dan hilang perasaan kasih sayang, saya dapat menyimpulkan bahawa :

1. Asas Dakwah atau amal Islami adalah kasih sayang yang didasari Iman. Tanpanya, tiada buah kepada Iman, bahkan tiada Amal Islami sejati pun yang hendak diperjuangkan.

2. Kasih sayang bukan sahaja dituntut berlaku sesama ahli dalam organisasi, keluarga, suami isteri, bahkan juga terhadap mad’u yang kita hendak dakwahkan, bahkan terhadap sekelian bani insan di dunia ini. Lihat sahaja tulisan Al-Banna di dalam risalah-risalahnya, kita akan dapati ruh kasih sayang yang sangat mendalam terhadap semua lapisan manusia.

3. Di masa atau tempat yang subur kasih sayang sesama ahli-ahlinya, segala masalah yang sebenarnya besar dan runcing, saya lihat menjadi masalah yang sangat kecil dan remeh yang tiba-tiba sahaja menjadi selesai sebelum sempurna usaha yang bersungguh-sungguh untuk membenterasnya.

4. Dimasa atau tempat yang kasih sayang sesama ahlinya pudar, bermasalah atau tidak mendapat penekanan yang secukupnya, segala masalah yang sebenarnya kecil dan remeh, tiba-tiba menjadi satu masalah yang sangat besar, sukar diselesaikan bahkan terbawa-bawa hingga ke peringkat tertinggi dalam organisasi !

5. Kasih sayang tempatnya di hati dan ruh yang dimiliki oleh Allah swt. Ia adalah ikatan hati dan ruh itu sendiri. Oleh itu keikhlasan yang tinggi kepada Allah sahaja yang dapat menjamin tersemainya kasih sayang hakiki yang diinginkan. Di sini pentingnya ilmu tentang Islam dan perjuangannya, kefahaman tentang matlamat dan Jalan Dakwah, kewajipan sebenar sebagai hamba Allah, pengikut Rasulullah saw dan anggota jemaah. Tanpa hakikat-hakikat di atas, perjuangan dan kasih sayang yang dimiliki adalah menyeleweng, rapuh dan akan berkecai pada bila-bila masa. Gugurnya seorang demi seorang dari Jalan Dakwah yang berlaku di depan mata kepala kita sendiri dari masa kesemasa membenarkan hakikat ini. Ada yang meninggalkan Jalan Dakwah hanya kerana teman-teman enggan meminjamkan wang kepadanya.

6. Wajib keatas setiap individu yang cintakan Islam dan kejayaannya di hari muka menyuburkan perasaan kasih sayang terhadap isterinya, suaminya, anak-anak, ahli di dalam organisasi dan manusia amnya. Sebarang sebab yang membawa kepada keadaan sebaliknya hendaklah segera disingkir atau dijauhkan. Ini termasuk bersangka buruk, mengumpat, mencari aib orang lain, ghurur (tertipu kehebatan diri kononnya), menerima berita tanpa periksa, kurang taaruf, ziarah dan berterus terang dan sebagainya.

Walaupun perbahasan diatas nampak menyangkut perihal dalam organisasi jemaah, namun ia juga sebenarnya tips dalam membina organisasi rumahtangga Dakwah yang berjaya. Hakikatnya, tiada yang didamba oleh siisteri dan anak-anak melainkan kasih sayang dari seorang suami dan ayah. Kasih sayang ini melebihi dari wang ringgit dan kemewahan harta dunia. Kekadang kita berasa aneh apabila melihat si anak yang sedang belajar di perantauan Barat yang hidup canggih serba moden sanggup membeli tiket ribuan ringgit untuk pulang bercuti di kampung yang terletak di ulu sungai di tanahair hanya semata-mata kerana dahagakan kasih sayang dari ibu bapanya.



Sebagai suami, ayah atau pemimpin, kita bukan sahaja dituntut agar menyayangi isteri, anak-anak dan anggota, tetapi juga kita dituntut menunjukkan kasih sayang tersebut kepada mereka. Menyayangi adalah perasaan. Menunjukkan kasih sayang adalah perbuatan yang boleh dilihat mereka. Betapa ramai kita yang menyayangi tetapi gagal menunjukkan kasih sayang sehingga boleh dirasai, dihargai dan dinikmati oleh orang lain. Oleh itu pada saya tidak cukup seorang suami itu terhadap isterinya sekadar affection (a feeling of loving), tetapi mestilah romantic (showing feelings of love). Tidak cukup pimpinan itu terhadap anggotanya sekadar bersifat concern, tetapi mestilah caring.



“Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallahil Azim ringan dibibir tetapi berat di timbangan (Hari Kiamat)”, maksud pesanan dari Rasulullah saw. “Apabila kamu sayang kepada saudaramu, katakan kepadanya “Aku sayang kepada mu” (maksud Hadis). Ramai lelaki yang tidak tahu bahawa ungkapan kepada isterinya ‘Abang sayang kepada Ani’ walaupun ringan dibibir seorang suami tetapi besar nilai dan kesannya kepada si Ani, isterinya. Ramai yang menyangka cukuplah sekadar bekerja kuat mencari nafkah sebagai tanda sayang kepada isteri dan anak-anak, tanpa perlu untuk mengungkapkan kata-kata romantik ! Berdasarkan hadis di atas, sangkaan tersebut adalah tidak benar.



Allah swt menciptakan lelaki dan perempuan dengan ciri-ciri yang similar but not identical. Banyak gaya bahasa yang dikeluarkan oleh satu jantina tidak difahami oleh satu jantina yang lain. Begitu juga bahasa anak kecil banyak yang tidak difahami oleh si ayah atau saya sendiri. Si anak kecil menangis tidak mahu ikut berjalan ke rumah nenek kekadang menyebabkan si ayah mencadangkan tempat lain yang lebih menarik seperti taman permainan. Pada si ayah, tangisan tersebut adalah kerana perasaan tidak puas hati si anak. Namun di anak tetap tidak mahu dan terus menangis. Si ibu lebih memahami rupanya di anak menangis lapar kerana kerana belum makan tengahari tadi ! Sering di dalam Dakwah, anggota di lihat bermasalah di segi prestasi amal atau perkataannya, atau si isteri bersikap dingin atau berleter. Pemimpin atau suami sering membuat diagnosis yang salah dari tanda-tanda yang lahir dari isteri atau teman di dalam Jalan Dakwahnya. Berbagai perbincangan, mesyuarat, berterus terang, jalan penyelesaian, wang ringgit dicurahkan namun tidak juga berkesan. Mungkin kerana masalah di pejabat, mungkin kerana kurang wang belanja, mungkin juga kerana masalah komunikasi atau mungkin kerana masalah pengajian di universiti. Sering bila diamati, jawapan sebenar ialah kerana merosot atau hilangnya perasaan kasih sayang di dalam rumahtangga dan organisasi.



Demikian sedikit sebanyak pesanan saya kepada teman yang datang untuk berkongsi pengalaman, dan saya muatkan di dalam blog ini dengan tambahan-tambahan dimana perlu semoga ianya berguna kepada para pembaca sekelian di dalam melayari kehidupan berumahtangga dan Jalan Dakwah. Kenalilah hakikat kasih sayang, hargailah peranan besar yang dimainkannya dalam menjamin kejayaan kita melayari bahtera rumahtangga dan Dakwah. Kelak kita akan takjub betapa kasih sayang mampu menggerakkan ahli disekeliling kita menuju ke arah kejayaan yang kita cita-citakan.



“Tidak beriman kamu sehingga Allah dan RasulNya lebih disayanginya dari selain kedua-duanya” (Hadis).

“Tidak beriman kamu sehingga dia menyayangi temannya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri” (Hadis)

“Orang-orang beriman itu Ikhwah (adik beradik), maka baikilah hubungan diantara kamu dan bertaqwakan kepada Allah …” (Al-Quran).



Ustaz Abd Halim Abdullah,

London.

Browse > Home /

Buat Mujahidahku yang tercinta....

Friday, June 13, 2008 | No Comments | Posted in



Teman Sejati

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Browse > Home /

Exam - hari ini, esok dan selamanya

Wednesday, June 11, 2008 | No Comments



Assalamualaikum wbt


Exam !! dah dekat...itulah topic yang sentiasa bermain di fikiran semua student.Apa tidaknya , hari makin hari ..tarikh untuk menatap first paper makin hampir. Inilah kehidupan pelajar.Kehidupan pelajar seolah berpaksikan exam. Semua yang dibuat di lihat dapat tak membantu exam yang bakal dihadapinya.

Exam oriented vs Ilmu oriented

Pencarian ilmu ini seolah-olah hanya untuk dicurahkan kepada sipemeriksa. Inilah budaya ilmu kita. Mencari ilmu bukan kerana ILMU tetapi kerana sijil. Nak dapat sijil kena lulus exam. Maka... nak tak nak kena juga lulus exam !!

Apakah kita telah dilupa akan sabda Rasul...

Barangsiapa yang menuntut ilmu,yg sepatutnya ilmu itu digunakan hanya kerana Allah,dan dia tidak menuntutnya melainkan ingin mendapat habuan keduniaan,nescaya dia tidak sesekali akan dapat mencium bau syurga.
(Riwayat Bukhari)

Nak lulus exam bukan lah susah sgt !! yang susah adalah nak dapat ilmu tu....dengan ilmu kita mendapat pandangan berbeza, kehidupan kita juga berbeza daripada orang yang tak berimu. Lahirlah generasi manusia yang berilmu.

Browse > Home /

Umar Mokhtar - langkah mujaheed dibumi Libya

Saturday, May 31, 2008 | 1 Comment | Posted in


Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau. Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam. Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari.
Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka.
Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica” .Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau.
Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan. Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani.
Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak.
Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dengan nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka.Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya.
Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi.. ”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.” Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak. Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”
Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.
Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain. Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya.
Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt.Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’ Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh.
Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat. Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri.
Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, "Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”`Umar Al-Mukhtâ, ditahan oleh tentera Itali
Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini. Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan.
`Umar Al-Mukhtâ bersedia untuk syahidApabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.” Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali.
Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika. Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.
Syahid di tali gantunganPejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Omar Al Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas. Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Namun demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid. Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.

P/s - Article di ambil dari satu umat.blogspot

Browse > Home /

Perkembangan Ikhwan di Mesir

Wednesday, May 28, 2008 | No Comments | Posted in



Chairman of the Muslim Brotherhood and members of the MB Executive Bureau congratulated him and his family for the success of the surgery, hoping that Al-Shater would be released out of jail soon and enjoy his freedom

Browse > Home /

Kupasan Ustaz Abdul Halim - Pulau Batu Putih

Tuesday, May 27, 2008 | No Comments | Posted in

Hasbunallah wa nikmal wakeel ! Cukuplah Allah sebagai tempat mengadu. Dialah sebaik-baik Pelindung dan Pemenang Kebenaran ! Keputusan Mahkamah Antarabangsa ICJ sebentar tadi [petang 23.5.2008] berpihak kepada Singapura dalam tuntutan bertindih olehnya dan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih. Selamat tinggal pulauku, yang dulunya kau milik negara dan umat Islam. Walau apapun keputusan apa sahaja badan di dunia ini, ia sekali-kali tidak akan merubah status tanah yang pernah diperintah dibawah Islam bahawa ia adalah milik umat dan negara Islam dari segi hukum Syarak.

Mungkin segelintir orang Islam akan terlintas berkata, “Apa ada di pulau kecil lagi setongkol tersebut untuk direbutkan?”. Qiasnya ialah mereka boleh berkata, “Apa ada pada si polan yang murtad, sedangkan dia hanya seorang dari jutaan umat Islam yang lain yang ramai bilangan dan lebih hebat kualitinya?”. Hakikatnya ia bukan sahaja isu maruah Islam dan umatnya yang tercabar, malah ia menunjukkan tahap kekuatan dan keagungan kita di zaman ini yang kian merudum, jauh ketinggalan kebelakang berbanding zaman lain dalam sejarah umat yang panjang. Ia isu umat dan perjuangan Aqidah mereka, bukan sekadar isu tanah dan batu.

Hakim, Awn Shawkat Al-Khasawneh.

Apabila berlaku tuntutan bertindih oleh Turki (Islam) dan Greek (Kristian) terhadap pulau Cyprus yang terletak di Laut Medditerranean, Najmuddin Erbakan terus menggerakkan tentera Turki ke pulau tersebut dan mendudukinya. Hari ini Turki berdaulat di sebahagian utara pulau tersebut diwilayah yang dipanggil hari ini sebagai Turkish Cyprus. Apabila berlaku pertindihan tuntutan diantara Yaman (Islam) dan Eriteria (Kristian) terhadap pulau Hunaisyh di Laut Merah, Presiden Ali Abdullah Salleh segera menggerakkan tenteranya dan menduduki pulau tersebut lalu menjadikan pulau tersebut terus berdaulat dibawah Yaman sehingga ke hari ini.

Rumah api di Pulau Batu Putih dan kedudukannya di Laut Cina Selatan. Jaraknya ke Singapura adalah 5 kali ganda jaraknya ke Johor ! Kesemua pulau-pulau termasuk Temasek (Singapura) dahulunya adalah milik Semenanjung Tanah Melayu !

Bukan kita bermaksud untuk mengajak perang dan menganggap perang adalah satu-satunya jalan penyelesaian dalam mana-mana konflik. Kisah Yaman dan Turki di atas pun tidak berlaku perang dalam ertikata sebenarnya. Namun usaha-usaha diplomatik yang disulami dengan unsur berbentuk pembangunan, kekuatan dan kedaulatan seharusnya turut diberi peranan sewajarnya. Kesibukan dalam menangani isu-isu lain dalam negara tidak seharusnya menjadikan kita lalai terhadap aspek-aspek lain dalam negara yang tidak kurang pentingnya, sedang pihak-pihak lain sentiasa mencari ruang dan peluang dari kelalaian kita.

ICJ di The Hague. Islam menuntut kita memboikot Mahkamah bukan-Islam.

Mahkamah ICJ pada tahun lalu pernah mengendalikan kes pembunuhan ratusan ribu umat Islam Bosnia oleh tentera negara jiran Serbia diketuai General Ratko Mladic tahun-tahun 1992-1995. Ketika itu masyarakat berbangsa Serbia (beragama Kristian Ortodoks) dalam negara Bosnia sendiri turut membantu tentera lengkap negara Serbia membunuh jiran-jiran mereka orang-orang Islam Bosnia. Tahun lalu Mahkamah ICJ memutuskan bahawa isu pembunuhan ratusan ribu umat Islam Bosnia hanyalah urusan hal ehwal dalam negara Bosnia dan membebaskan negara Serbia dari sebarang tuduhan dan penglibatan !! General Ratko Mladic dipanggil untuk dihakimkan tetapi tidak pernah dihakimi sehingga beliau dikatakan telah mati atau menghilangkan diri.

Pulai Pisang, Pontian, Malaysia dekat Singapura. Ia terletak di perairan Johor, kira-kira 20 kilometer dari Pontian. Bulatan menunjukkan rumah api yang diurus oleh Singapura sebagaimana di Batu Putih. Kejahilan dan kelalaian yang berterusan akan menyebabkan kita akan kehilangan lebih banyak pulau dan tanah jajahan.

Kita menegaskan tidak menerima keputusan Mahkamah ICJ yang memberi hak milik Pulau Batu Putih kepada Singapura dan tidak akan menerima apa sahaja bentuk dan keputusan yang mengurangkan kedaulatan Islam walau seinci dari sebarang buminya. Umat Islam di Malaysia, khususnya dan rantau ini amnya bersedia berkorban menuntut hak mereka kembali walau betapa panjang masa berlalu dan zaman berganti zaman. Pihak-pihak yang terlibat dalam akhirnya meletakkan nasib milik umat Islam kepada ICJ adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerugian, kehinaan dan malapetaka besar ini.

Dan Kami (Allah) telah menetapkan di dalam kitab Zabur, selepas Taurat bahawa bumi ini diwarisi oleh hamba-hambaKu yang saleh. ” (Al-Anbiyak:21).

Browse > Home /

Denyutan Hati

Thursday, April 17, 2008 | No Comments | Posted in

Perjuangan ini adalah perjuangan manusia. Perjuangan hati dan perasaan. Ini kisah pelayaran hati - hati manusia dalam menongkah arus dunia. Apakah hati ini cekal ? Apakah hati ini ampuh? Apakah hati ini ingin terus bebas dan merdeka. Hati yang lena adalah hati yang dayus.....
Bangunlah hati dari lenamu yang panjang. perjuangan menyelamatkan umat manusia adalah perjuangan yang mulia.

Aneh dan uniknya manusia . Kekadang sukar di fahami . Kata-kata yang dihamburkan sering disalah ertikan. Kata yang diungkap untuk menyelamatkan manusia dari teus dibaham jahiliyyah sering di salah tafsir. Gegendangnya berdegar-degar tetapi tidak senada dengan kata yang diluahkan. Kenapa jadi begini ? Mungkin kerana hatinya telah mati !

Browse > Home /

superman kahwin dengan superwoman la.......

Tuesday, April 15, 2008 | 2 Comments | Posted in

Detik masa yang istimewa dan tidak dapat di lupakan adalah apabila naqib tetiba bertanyakan perihal kesedian untuk berumah tangga.....beberapa hari kebelakangan ini ana banyak berbincang , merancang , mengusik perasaan anak usrah ana . Hati ana terasa puas dan gembira melihat anak-anak usrah ku matang dalam berfikir.
Alangkah indahnya disatukan pasangan diatas fikrah Islam. Hati dan perasaan diikat dengan azam untuk menegakkan kalimah Allah. Ya Allah kau satukan hati ini atas Islam dan kau peliharalah rumahtangga yang bakal di bina dengan naungan rahmatmu.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)"
[Surah Ar-Ruum: 21]
ada juga yang terlebih semangat berkata - apa perlu kahwin.
Kanapa perlu kahwin.............emmmmmm
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, sehingga Adam a.s rindukan Hawa.
Kenapa memilih sangat.......jangan lupa akan diri kita !

Jangan mengharap isteri seperti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Ali

Browse > Home /

Terbang Kembali

Aku hinggap di muka bumi sekian lama...tiba waktu untuk aku meneruskan pengembaraan ku...

Browse > Home /

Index Jenayah Tinggi - Symptoms yang di jangka

Monday, January 14, 2008 | 1 Comment | Posted in

Menurut taklimat polis kepada Perdana Menteri, jenayah ganas meningkat 13.4 peratus. Kes rogol naik 30 peratus manakala rompakan berkumpulan melonjak 160 peratus. Mencabul kehormatan naik 12.4 peratus, pecah rumah waktu malam bertambah 21.7 peratus, pecah rumah siang hari naik 4.2 peratus, curi motosikal meningkat 3.2 peratus, curi kereta naik 11.4 peratus dan kecurian lain naik 5.1 peratus.

Ramai yang mula menunding jari kepada polis, pihak pemerintah dan pihak berkuasa tempatan kerana gagal membendung kadar jenayah yang makin meninggi. Persoalannya, apakah jenayah tiba-tiba makin menjadi-jadi? Kenapa sekarang ianya makin ketara? Adakah kerana kegagalan pihak berkuasa semata-mata yang menjadi punca peningkatanya?

Jenayah adalah symptoms umat yang terdesak dan didorongi oleh nafsu yang tidak terkawal. Jenayah makin meninggi kerana bilangan kadarnya meningkat dan kegagalan pengawasan untuk mencegah dari ianya berlaku. Persoalan yang perlu di bincangkan bukan tertumpu kepada kepada ranting atau symptoms tetapi kepada punca kenapa umat manusia ini sakit sehingga terdorong untuk melakkan jenayah? Kenapa begitu terdesak?

Perasaan manusia tidak lagi dibendung dengan system moral kehidupan. Perasaan marah diluahkan dengan pembunuhan. Bunuh manusia tanpa rasa penyesalan, rogol demi melampiskan nafsu binatang, ragut dan rompak tanpa rasa belas kasihan, pecah amanah dan rasuah tanpa segan silu. Gila sexual yang melampau di luar batas kemanusian dan haiwan.

Ini adalah punca apabila manusia sudah tidak lagi takut kepada yang MAHA melihat. Penjenayah hanya cuba melindungi diri dari dikenal manusia dan menyorok kejahatan dihadapan manusia. Apabila pihak berkuasa gagal memberkas si penjenayah , maka mereka merasakan mereka berjaya dan hebat dan sudah terlepas. Polis dan pihak pencegah rasuah tidak akan sempat menyiasat kes-kes yang makin menimbun lagi mendesak. Kes akan terus meningkat tanpa kesudahan.

Apakah pokok masalah ini? Kenapa perbahasan tidak menjurus kepada perkara asas ini?
Apabila manusia lari dari system kehidupan Islam. Manusia akan dihujani dengan pelbagai masalah jiwa. Kehidupan hari ini hanya melihat sesuatu dengan ukuran material sahaja. Jiwa dibiarkan berkelana dan kontang. Akhirnya , jiwa akan memberontak .
Penyakit jiwa ini perlu di rawati. Manusia perlu kepada fitrahnya. Manusia tidak dapat di pisahkan dengan jiwanya.

CCTV di setiap simpang dan padang dan juga penambahan bilangan polis adalah tindakan mengubati symtoms. Asas masalah hanya dapat di ubati melalui mekanisma pendidikkan. Jenayah di tanah arab pada era awal Islam juga mencabar dan mendesak. Rasulullah tidak memfokuskan amalnya kepada issue symptoms tetapi di didik masyarakat agar mengenal erti kehidupan yang sebenar. Kenal siapa mereka sebenarnya ? kenapa mereka dilahirkan di muka bumi ini ? Ceritakan perihal kehidupan selepas dunia. Apabila persoalan ini terjawab dengan jelasd hati manusia. Maka mereka mula mengubah hala tuju kehdupan mereka. Mereka sendiri menjadi polis dan BPR keatas diri mereka sendiri. Amalan nahi mungkar bukan lagi satu profession kerjaya seperti polis hari ini tetapi satu adat kehidupan. Mereka adalah generasi manusia yang hebat dari semua sudut kehidupan.

Malangnya, manusia hari ini masih meraba mencari formula untuk mengubati symptoms.

Browse > Home /

Pemuda Islam hari ini - Menongkah arus perubahan

Thursday, January 10, 2008 | No Comments | Posted in

Apabila kita menilai kekuatan sesebuah negara , pastinya kita akan kagum dengan nilaian material seperti hebatnya bangunan- bangunan yang di bina, cantiknya permandangan bandaraya dan canggih kenderaan yang dicipta. Pandangan ini sentiasa mengkaburi hakikat yang sebenar . Kekuatan yg sebenarnya di ukur dengan quality generasi pemuda yang akan mewarisi perbendaharaan negara. Generasi pemuda adalah aset terbesar dan paling berharga kepada sesebuah negara.

Jatuh bangun sesebuah tamadun bergantung kepada kekuatan manusia, bukannya kehebatan dunia material. Tunjang kepada kekuatan manusia terletak kepada generasi pemuda. Sejarah telah membuktikan kehebatan pemuda dalam menggerakkan sesuatu perubahan. Apabila Pemuda bangun bertindak , maka sesuatu yang diluar jangkaan akan berlaku. Golongan ini mempunyai semangat yang kental , jiwa yang tinggi , berani lagi tangkas . Mereka juga mampu menggarap kefahaman baru dengan budaya fikir yang mantap dan mampan.
Al Quran menukilkan kisah Ashabul Ukhdud juga Ashabul Kahfi . Rasul-rasul yang mulia juga bermula pada usia yang muda Daud, Ismail, Isa dan ramai lagi telah mengegrakkan dakwah mereka pada usia yang muda. Sahabat Rasulullah SAW juga terdiri dari golongan pemuda. Khalifah- khalifah awal Islam bersama dengan dakwah Islam pada usia yang muda - Abu bakar ra masuk Islam pada usia 32 tahun, Umar ra 35 tahun, Ali ra 9 tahun, Utsman ra 30 tahun.
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى (Kahfi:13)

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ
وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ (Al-Imran : 110)

Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah


وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ
(Al-Baqarah : 143)

Demikianlah pula Kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi terhadap umat manusia.

Kegelapan jahiliyyah mula hilang
Kehebatan dunia barat pada kurun 15 hingga 19 didokong oleh semangat golongan pemuda. Mereka mengkaji, mencipta dan meneroka ke seluruh alam. Mereka mendabit dada keseluruh alam agar manusia tunduk kepada kehebatan mereka dan mengikut cara kehidupan mereka. Kesungguhan mereka telah membuka jalan kepada generasi seterusnya untuk menjajah bumi juga hati umat Islam.
Masa berlalu, Generasi silih berganti. Generasi yang baru mula leka dan seronok menikmati hasil kerja generasi terdahulu. Budaya hendonisme menjadi tarikkan golongan pemuda hari ini.
Budaya hendonisme ini mula meresap masuk sampai ke peringkat pimpinan. Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.
Siapakah barisan manusia yang akan mengambil tampuk kepimpinan umat manusia setelah barat tidak mampu lagi membendung masalah dalaman yang parah? Kita beriman dengan aqidah bahawa Islam adalah deen penyelamat kepada umat manusia. Islam pasti akan kembali memimpin umat manusia. Siapakah yang akan membawa panji Islam ini? Siapakah yang berani tampil dengan imej Islam dan menyeru manusia untuk kembali kepada Islam?
Bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.
Fajar Islam mula menyinsing
Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.
Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka. Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.
Kekuatan Muslimin
Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini. Inilah sunnah Rasul yang terbesar – menyeru manusia kepada Islam dan menjauhi selain darinya.
Dan sesungguhnya kami telah mengutus seorang rasul untuk setiap umat untuk menyeru sambahlah Allah dan jauhi Taghut....(An Nahl 36)
Siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru manusia kepada Allah ,beramal soleh dan berkata aku adalah seorang muslim (Fussila 33)
Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslim mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.
Pertama: Kekuatan kuantiti.
Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt "Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"(Al A'araf: 86).
Bilangan umat Islam yang ramai ini perlu di suntik dengan ruh Islam. Potensi yang ada perlu di gemblengkan untuk Islam.
Kedua: Hasil Bumi.
Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin. Hasil bumi ini jangan di biarkan untuk dipunggah oleh manusia yang rakus dan tamak. Umat Islam perlu menguruskannya dengan neraca Islam agar nikmat ini di manfaatkan untuk Islam
Ketiga: Manhaj Rabbani.
Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini. Kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.
Perancangan hari ini adalah reality hari esok
Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.
Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.
Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.
Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.
Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini.
Langkah kita

1 – Fard Muslim
Praktikkan Islam dalam kehidupan secara keseluruhan . Hassan Al Banna menggariskan 10 ciri Keperibadian seorang Muslim.
Aqidah yang sejahtera
Ibadah yang sahih
Bermanfaat pada org lain
Terurus urusannya
Bermujahada melawan nafsu
Akhlaq yang mantap
Sangat menjaga masa
Luas pengetahuan
Sihat tubuh badan
mampu berdikari
Generasi pemuda wajiblah berusaha memperbaiki diri untuk melayakkan diri menjadi nadi penggerak dan pendokong kepada Panji Islam. Pemuda yang hanya berdegar di mulut tetapi akhlaq dan budaya kerja yang bankrap adalah golongan yang tidak akan mempu bertahan dengan cabaran perjuangan.

2 – Memperkemaskan dan membudayakan kehiduapan Ilmu

Al-quran dan hadith sebagai petunjuk kehidupan. Sebagaiman yang di sabdakan oleh Rasulullah pada khutbah wida’nya … Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku ( khutbah wida)
Generasi pemuda perlu menggarap kefahaman Islam seperti mana ianya di turunkan. Al quran datang sebagi petunjuk bukan sebagai bahan academic untuk di bahaskan. Generasi pemuda perlu memahami Alquran untuk di amalkan sebagaimana yang di amalkan oleh sahabat Rasulullah. Ilmu Al quran dan Hadith juga asas Syarak yangperlu di mantapkan. Ilmulah yang membezakan manusia pada pandangan manusia dan taqwa yang membezakan manusia di pandangan Allah.

3 – Budaya Amal

Hendaklah pemuda menggabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan yang tersusun gerak amalnya.
Inilah sunnah gerak kerja yang di tunjukkan oleh Rasulullah dan di warisi kepada generasi sahabat. Pembinaan jemaah yang kuat, yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah barisan anda.

“Katakanlah (wahai Muhammad kepada umat Islam dan dunia), ‘Sekiranya kamu mencintai Allah, ikutlah (jalan) aku, nescaya kamu akan dicintai Allah dan Dia ampunkan dosa-dosa kamu” (Ali Imran;31)

Jangan dibangunkan dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.

4 – Hubungan dengan Allah

Inilah kunci kekuatan seorang daie yang menyeru manusia kepada Allah.Tiada siapa yang mampu membalas nilai perjuangan seorang yang ikhlas melainkan Allah. Taqarrub kepada Allah adalah tenaga dalaman yang memancarkan tindakan dan tutur kata yang istiqomah . mereka adalah …………

رهبان فى الليل وفرسان فى النهار
Pendeta di malam hari dan satria yang gagah perkasa di siang hari.

Browse > Home /

Maal Hijrah 1429


Doa Awal Tahun

Awal tahun "Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Doa Akhir Tahun

"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan: Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.
Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.