| Subcribe via RSS

Browse > Home /

ADAB DIHARI RAYA

Friday, October 12, 2007 | No Comments

Selamat menyambut hari kemenangan...eidul fitri
ADAB MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?
Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara‘ untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.
Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.

Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."
(Surah Al-Baqarah : 185)

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:
Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."
(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."
(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:
Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak."
Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:
Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak."
Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.

Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:
Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu‘ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita."
(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.
(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.
Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.
Di petik dari meja mufti Brunei

Browse > Home /

EIDUL FITRI


Browse > Home /

EID AL MUBARARAK

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI
MOGA RAMADHAN YANG MELABUHKAN TIRAINYA AKAN MEKAR DALAM INGATAN KITA. PENTARBIYYAHAN JIWA DISEPANJANG RAMADHAN MEMBERI KITA KEKUATAN UNTUK TERUS MENEMPUH CABARAN DI HARI ESOK.

SAYA DAN KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA .MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Browse > Home /

Usul berapa dah ni ?

Monday, October 1, 2007 | 3 Comments | Posted in

Alhamdulillah di pertemukan aku dengan jiwa-jiwa muda yang bersemangat.Perbincanga usul 20 tempoh hari membuatkan hati ini segar dan ceria melihat wajah kesungguhan dan kematangan adik-adikku. Moga Allah mudahkan urusan kita dan golngkan kita kedalam golongan manusia yang diberi Allah kefaqihan didalam urusan agama...itulah keberuntungan yang besar.

Jangan lupa 20 usul yang tlah kita bincang bersama............

1. Islam deen yang syumul - macam pokok besar tu laaaaaaaaaa
2. Al Quran dan Sunnah/hadith sebagai Sumber hukum - pokok mesti ada akar
3. Kashaf dan ilham - buah dat pokok tu mesti dari sumber yang sama ....
4. Jampi - ingat tak kisah kucing hitam.....
5. Pandangan imam - Sape imam aku ye???
6. Pendapat sahabat - Rasul sahaja yang maksum ....manusia lain ada kemungkinan
melakukan kesilapan....so jgn taksub membabi buta
7. Ijtihad dan taqlid - Kisah pucuk yang bercabang bukan issue teras...so rilex la
8. Adab khilaf - bukan punca berbalah
9. Masa adalah kehidupan - bicang bab yang mendatangkan amal ..."jom solat kat aerospace"
10. Ayat mutashabahat - Tangan Allah - bukan kuasa dan tangan macam kita tapi adalah
"tangan Allah" yang mempunyai sifatnya yang tersendiri
11. Bid’ah - statement yang perlu difahami
12. Bid’ah tambahan - ada yang menambah , ada pulak yang mengurang dan
ada yang terpesong terus ......."ada ke nak nyanyi lepas solat !!!"
13. Keramah -
14. Ziarah kubur - moga hati kita tersentuh .....Tapi ingat jangan kita samakan kehidupan
barzakh dengan kehidupan dunia
15. Tawassul - Doa dengan mensandarkan amalan kita atau dengan Sifat Allah ....
Ada juga nak sandarkan dengan nama alim ulama .....khilaf ni
16. Uruf/ adat - "biar mati anak jangan mati adat"
Adat kena dinaungi dengan Islam
17. Amalan hati - hati >jasmani
18. Islam dan akal - jangan sampai layang-layang terputus tali
19. Islam dan science - Islam tidak memusuhi science ....science masih involve theorynya
20. Takfir - set your boundaries and never cross your boundaries....jgn dok tepi jurang !!

Wassalam

Browse > Home /

Pemikiran Daie tertutup ?

Thursday, September 27, 2007 | 2 Comments | Posted in

Kebelakangan ini ramai bertanyakan pendapat saya akan perihal "kejumudan" pemikiran daie !! Sedih dan pelik saya apabila dihujani dengan pertanyaan tersebut.

Diceritakan .... Si penyeru kepada Islam ( Daie ) berselective dalam menyampaikan seruan seolah -olah di"ekslusif"kan dakwahnya. Hanya orang tertentu layak menerima risalah ini. Daie ini berbicara seolah olah berada didunianya yang tersendiri . Kata-katanya tidak berpijak di dunia yang nyata. Dia berbicara seperti dia sahaja yang faham akan Deen ini dan dia tahu bagaimana nak menyelesaikan masalah umat ! Dia ber "ana anta" walaupun dia bukan duduk di arab atau berketurunan arab !

Demikianlah keluhan - keluahan ( ada yang ana tambah sendiri ) beberapa sahabat yang kritikal akan perkembangan pola pemikiran golongan yang bersemangat Islam .

Saya ingin bertanyakan pendapat/comment sesiapa yang sudi untuk berkongsi pengalaman dan pandangan tentang issue ini. InsyaAllah kita akan bersama berbincang berdasarkan comment yang di postkan

Browse > Home /

RAMADHAN YA RAMADHAN

Sunday, September 23, 2007 | 2 Comments

Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia menggantikan puasa sebanyak (hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Oleh itu, sesiapa daripada antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjukNYA dan supaya kamu bersyukur." –


Surah al-Baqarah: 183 – 185.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tibalah kepada kamu sekarang Ramadan. Bulan penuh Rahmat. ALLAH telah mewajibkan kepada kamu berpuasa pada bulan ini. Dalam tempoh itu, pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan dirantai. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terlepas daripada kebaikannya, maka dia amatlah rugi."

- Hadis sahih riwayat al-Nasaai.

SELAMAT DATANG PENGHULU BULAN

Kenapa Ramadhan dipanggil 'penghulu segala bulan'? Istimewa Ramadhan kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama 83 tahun.

Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.
Rejab, Sy'aban dan Ramadhan adalah gandingan bulan yang mulia. Rejab dikatakan bulan milik Allah, Sya'ban milik Nabi Muhammad dan Ramadhan bulan bagi umat Muhammad. Ini bermakna bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ini adalah bulan paling istimewa bagi kita umat Nabi Muhammad.

Sepanjang Ramadhan kita berpuasa, menahan anggota dari melakukan perkara yang membatal atau mencederakan puasa. Setiap saat dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Pendek kata kita boleh mendapat pahala sepanjang masa dalam Ramadhan. Ini tidak dapat dilakukan pada bulan-bulan lain dan dalam ibadat-ibadat lain.

Sama-samalah kita memohon keampunan ke hadrat Allah swt sempena Ramadhan tahun 1428 ini semoga kita memperolehi keselamatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Mari kita bermujahadah untuk mencapai objective Ramadhan - UNTUK KITA MENJADI INSAN YANG BERTAQWA sebagaiman Allah jelaskan dalam Dalil diwajibkan kita puasa.

Oleh itu, marilah kita beribadatlah sebanyak mungkin dengan melakukan segala ketaatan seperti membaca al-Quran, bersedekah dan sebagainya di samping mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.

Ramadhan adalah bulan rahmat kepada umat muslimin. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh golongan abid untuk melibat gandakan taqarrub mereka. Golongan yang memperjuangkan Islam - ini adalah bulan istimewa untuk kita. Janganlah kita menjadi ahli fikir sahaja. Sangatlah pelik jika golongan yang berdegar berdebat memperjuangkan islam tetapi ramadhannya adalah ramadhan yang tiada quality.............sesuatu yang pelik lagi meloyakan

MOGA RAMADHAN INI RAMADHAN YANG TERBAIK ...............ENJOY THE RAMADHAN

Browse > Home /

Welcome Ramadhan

Kecapi Ramadhan sebelum ianya berlalu

Browse > Home /

Merdeka, Merdeka

| No Comments | Posted in

Browse > Home /

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! merdeka ????

Saturday, September 22, 2007 | No Comments | Posted in

Hampir 2 minggu yang lalu Malaysia menyambut sambutan hari kemerdekaan yang ke 50. Jauh di sdut hatiku, terdetik perasaan yang sukar untuk aku luahkan. Aku pelik melihat gelagat manusia yang keliru tentang erti kemerdekaan. Kemerdekaan disambut dengan concert,nyanyian,wayang,makan malam dan pelbagai tindakan sambutan yang entah siapa yang mengajarnya ??

Ramai dikalangan masyarakatku masih dikongkong dengan budaya hidup penjajah yang masih bermaharajalela disanubari malah di pikiran mereka. Cita-cita dan wawasan mereka berkiblatkan barat ! Maju pada mereka adalah barat ! bahasa yang hebat adalah bahasa orang barat ! budaya barat adalah budaya terkini yang perlu ditiru ! Kehakiman dan perundangan mesti mengikut barat baru updated ! Demokrasi adalah product kehidupan barat yang perlu kita juangkan ! Sejarah barat di agungkan ! Bahasa Barat dijadikan bahasa ilmu !
Berkahwin nak juga ala barat ! Nama anak pun mesti ada element barat ! keseronokkan juga mengikut kesukaan barat ! ....................TETAPI KITA KATA KITA MERDEKA !!!!
APA MERDEKA SEBENARNYA !!!

Bukankan kita lahir sebagai manusia yang merdeka . Kita adalah si rajawali yang bebas mengangkasa mencari erti kehidupan sebenarnya. Jika manusia disebelah barat hidup sedemikan rupa .............kenapa aku mesti mengikut mereka ? aku bebas mencari erti kehidupan aku sendiri kerana aku jiwa yang merdeka !

Lupakah kita akan perjuangan Rasulullah SAW dan sahabatnya , kehadiran mereka di lembaran sejarah adalah untuk membebaskan manusia. BAk kata Rubi' bin Umair apabila berdepan dengan panglima Rustam dari kerajaan Parsi , Kami datang untuk membebaskan manusia dari perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Rabb yakni Allah dan datang untuk menyelamatkan mereka dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat

Browse > Home /

Melangkah ke alam blogger

Aku melangkah dengan berani untuk menyuarakan rasa hati dan berkonsi pandangan dalam alam blogger . Niatku hanyalah untuk berkongsi maklumat dan berkonsi pengalaman sesama pengembara dibumi yang sementara ini